Dapur

Resepi Tart Cadbury Ini Cuma Guna 3 Bahan. Rugi Tak Cuba!

12.2K
SHARES
resepi tart cadbury

Macam tak percaya, dengan hanya 3 bahan dah boleh buat tart cadbury. Inilah antara kuih raya paling glamor tahun ini.

Nak tahu apakah 3 bahan tersebut dan cara membuatnya langkah demi langkah, mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Wan Nur Mahani Wanumar.

Resepi Kuih Tart Cadbury 3 Bahan

Mula-mula, mesti ramai nak tahu apakah 3 bahan yang diperlukan. Ini dia senarai bahannya.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1/2 kg
  • Mentega / Butter 1 bungkus (saya guna Buttercup)
  • Coklat Cadbury (pastikan baru keluar dari peti sejuk beku supaya tak cair)

Cara-cara

Berikut adalah cara membuatnya step-by-step.

1. Gaulkan Mentega & Tepung

Pertama sekali, campurkan 1/2 kg tepung gandum bersama 1 bungkus mentega.

Untuk resepi ini saya cuma gunakan Buttercup saja. Kalau nak lagi sedap, boleh gunakan pure butter yang mahal sedikit harganya. Contoh jenama pure butter ini antaranya Anchor, SCS, atau Golden Churn.

Gaulkan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi doh.

2. Bentukkan Kuih Tart

Seterusnya dah boleh gunakan acuan kuih tart macam dalam gambar di bawah ini. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku.

Balutkan coklat sampai semuanya tertutup.

Di bawah ini ialah acuan untuk kuih tart.

3. Bakar

Panaskan oven dengan suhu 150 darjah menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Sapukan kuning telur pada bahagian atas tart kalau nak dapatkan warna yang lebih menarik.

Kemudian bakar suhu 130 api atas bawah 30 minit. Ikut juga oven masing-masing untuk bakar sebab lain oven lain kepanasannya.

Sukatan ini boleh dapat dalam 80 biji tart cadbury.

Inilah Hasilnya. Mudah kan?

Beginilah rupanya bila dah siap bakar. Memang mudah sangat, rugi tak cuba.

Oh ya jangan risau, coklatnya tak cair pun apabila dibakar. Yang penting, pastikan ianya disimpan dalam peti sejuk beku dan hanya keluarkan apabila dah sedia untuk membalutnya. Jadi, coklat itu takkan cepat cair pada suhu bilik. Bila dah bakar pun, ia tetap takkan berubah bentuk.

Selamat mencuba ya!

 

*Resepi tart cadbury ini disumbangkan oleh Puan Wan Nur Mahani Wanumar menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×