Dapur

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ‘Kaw’ & Tips Potong Siput Supaya Tak Berlendir

23
SHARES

Wahhh! siput sedut masak lemak cili api. Warna kuningnya yang cantik serta hidangan yang tampak menyelerakan ini memang menjadi kegemaran ramai. Boleh dimasak dan dimakan tanpa mengira waktu. Setiap sedutan siput memang menjanjikan kepuasan. Perut kenyang hati pun senang.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

– Siput Sedut (1 kg)

– Santan (250g)

– Bawang Merah (3 ulas)

– Putih (2 ulas)

– Kunyit Hidup (2 inci)

– Cili Padi (15 biji)

– Daun Kunyit (2 Helai)

– Serai (2 Batang)

CARA POTONG SIPUT SEDUT

– Pastikan siput dibasuh bersih. Potong dari belakang (siput tidak terlalu panjang atau pendek)

CARA MEMASAK SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

1. Kisarkan semua bahan-bahan bersama air.

2. Tuangkan santan dan masukkan bahan yang telah dikisar

3. Masukkan serai

4. Masukkan asam keping

5. Masukkan gula dan juga garam

6. Kacau sehingga mendidih

7. Masukkan daun kunyit

8. Bila santan telah mendidih, baru masukkan siput

9. Tips siput tidak berlendir, jangan masak terlalu lama. Bila dah mendidih terus tutupkan api

10. Dah siaaap. Cantik dan sedap kan!

Sumber: MasakWithPassion

Most Popular

To Top
×