Dapur

Resepi Pisang Penyet Atau Sanggar Pappek Istimewa, Memang Lain & Padu!

20
SHARES

“Sedapnya sanggar pappek..”

Kalau sebut sahaja pisang pasti hidangan pisang goreng menjadi pilihan dan kegemaran ramai. Tapi sebenarnya selain pisang goreng, ada juga menu istimewa dan merupakan makanan tradisi kaum bugis iaitu pisang penyet atau dipanggil sanggar pappek.

Wah, pernah dengar tak? Sanggar pappek merupakan pisang yang dipenyet dan digoreng di dalam minyak panas. Memang sedap kalau dicicah bersama sambal kicap atau susu pekat manis. Ikuti perkongsian resepinya di bawah.

Baca juga: Resepi Buko Pandan Pekat Melikat, Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Filipina!

RESEPI PISANG PENYET ATAU SANGGAR PAPPEK ISTIMEWA , MEMANG LAIN & PADU!

Sanggar Pappek

Bila duduk rumah mula la selera ni minta macam-macam. Hari ni buat sanggar pappek atau dipanggil pisang penyet. Siapa yang pernah rasa ni, tau la dia kesedapannya. Mudah je tak susah, cuma part penyek pisang tu yang perlu kepakaran. Kalau tak pakar habis hancur bertaburan pisangnya. 

Cara penyediaan:

1. Pisang abu muda yang belum masak. Tips kupas pisang supaya tak kena getahnya, kupas di bawah air yang sedang mengalir, terbaik guna air dari paip.

2. Sediakan setengah besen sederhana besar air paip.

Sanggar Pappek

3. Letak 1 sudu besar garam.

4. Bawang putih 2-3 ulas, dipenyek atau tumbuk.

5. Masukkan bawang putih bersama garam tadi kedalam air.

6. Masukkan pisang yang dah dikupas, biarkan 15-20 minit, agar bawang putih dan garam meresap masuk ke dalam pisang. Ini akan memberi rasa dan aroma yang harum pada pisang.

7. Goreng pisang tadi tanpa di potong atau belah ya. Bila pisang dah separuh masak, terus angkat.

8. Sediakan kantung plastik seperti dalam gambar ini. Gunting sedikit kedua sudut kiri dan kanan.

9. Masukkan pisang 2 biji seperti dalam gambar ini, kemudian dipenyek perlahan-lahan. Pastikan pisang dipenyek semasa masih panas agar ia tak pecah-pecah.

10. Di goreng semula di atas minyak yang panas ya. Goreng sehingga garing. Lupa ambik gambar dalam kuali.

Sedap! Rangup dan dicicah bersama sambal kicap atau susu pekat. Selamat mencuba…

Sumber: Facebook Teratai Putih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×