Dapur

Cara Buat Mee Sizzling Di Rumah Tanpa Hot Plate. Sebiji Macam Kat Food Court

“Fuh, tiba-tiba teringin nak makan mee sizzling macam dekat food court tu. Tapi malasnya nak keluar. Macam mana nak buat mee sizzling tu sendiri ye? Kalau tak ada hot plate jadi ke?”

Sebenarnya ada cara mudah nak buat mee sizzling dekat rumah walaupun tanpa menggunakan hot plate.

Dengan resepi mee sizzling mudah oleh saudari Eida Ilham ini, sesiapa pun boleh memasaknya di rumah.

Lagi best, kita boleh makan puas -puas dan bubuh bahan yang kita suka. Confirm puas hati!

Bagi yang tak ada yee mee, boleh je guna mee kuning. Kalau tak ada juga, gunalah kuey teow, bihun, mee lidi, atau apa-apa mee yang anda suka. Makan dengan nasi pun ‘jadi’!

Terpulang pada citarasa masing-masing. Ok jom kita tengok bahan dan resepi selengkapnya di bawah ini.

Resepi Mee Sizzling Simple Tanpa Hot Plate

Bahan-bahan

  • Yee Mee / Mee kuning
  • * 3 biji bawang merah¬†(hiris)
  • * 5 biji bawang putih (hiris)
  • * 1 inci halia (hiris)
  • * 5 tangkai cili kering (gunting kasar)
  • Ayam (potong kecil)
  • Cendawan shitake (rendam & potong 4)
  • Sos tiram 6 sudu
  • Kicap pekat (agak-agak)
  • Kicap cair 2 sudu
  • 1 Kiub ayam
  • 3 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan air)
  • Garam / gula secukup rasa
  • Minyak bijan (optional)
  • Serbuk lada hitam (optional)
  • Sawi (celur)

Cara-cara

1. Tumis

Mula-mula sekali, tumis kesemua bahan bertanda * dengan minyak.

2. Masukkan Ayam

Bila dah naik bau, masukkan ayam.

3. Perasakan Kuah

Agak-agak ayam dah separa masak, boleh masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan kiub ayam.

4. Masukkan Cendawan

Seterusnya bila semua bahan dalam kuali dah mendidih, baru masukkan cendawan.

5. Pekatkan Kuah Dengan Tepung Jagung

Kalau nampak ayam dah masak, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

3 sudu kecil tepung jagung bancuhkan dengan setengah cawan air. Bancuh dulu lepas tu baru tuang dalam periuk. Kacau sampai pekat taknak bagi berketul.

Bila kuah likat, tutup api.

6. Bubuh Mee

Bila nak makan tapi tak ada pinggan sizzling tu, boleh guna cara ni.

Untuk yee mee, rendam kejap dalam air suam. Jangan lama-lama nanti kembang sangat tak sedap.

Masukkan 2 senduk kuah sizzling dalam kuali. Pecahkan telur. Tunggu telur separuh masak dan tuang dalam pinggan berisi yee mee.

Kalau guna mee lain pun samalah. Boleh sesuaikan ikut citarasa kita.

Akhir sekali, letak sawi yang dah dicelur.

Resepi mee sizzling

Siap!

Dah siap, boleh makan panas-panas dengan cili potong. Nyumsss!

Beginilah hasilnya. Kali ni saya guna mee kuning je sebab stok yee mee dah habis.

Resepi mee sizzling

Resepi mee sizzling

Mudah kan? Boleh rujuk video di bawah ini kalau nak lagi faham.

Cukup lengkap step-by-step dari awal hingga habis.

Selamat mencuba.

 

* Resepi mee sizzling ini dikongsikan oleh Puan Eida Ilham menerusi Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top