Dapur

Resepi ‘Hotteok’ Street Food Popular Korea, Paling Sedap Dimakan Panas-Panas!

588
SHARES

Bukan sahaja terkenal dengan negara yang popular dengan muzik KPOP, negara Korea juga sudah tentunya menjanjikan definisi percutian yang sempurna. Bukan itu sahaja, variasi makanan Korea juga sangat menarik  dan menjadi kegemaran rakyat di Malaysia. Tidak ketinggalan, salah satu juadah pencuci mulut yang menjadi idaman semua adalah Hotteok yang berada dalam kategori ala-ala pancake.

Tapi, takkan nak ke Korea baru boleh merasa keenakan juadah ini kan? Jangan risau, ini adalah resepi Hotteok dimana anda boleh buat di rumah sahaja.

Resepi Hotteok Mr.Melting Style

Bahan-bahan

2 Cawan Tepung Gandum

1 Cawan Air suam

1 Sudu Minyak Sayuran

1 Sudu Gula

1 Sudu Garam

2 Sudu Mauripan

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan macam nak buat roti tu. Dan biarkan sejam.

2. Inti dalam kacang Walnut dihancurkan campur bersama Brown Sugar dan Bijan..

3. Sedia untuk digoreng

Selamat mencuba! Makan panas-panas pun sedap.

Sumber: Muhamad Khairul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×