Dapur

Resepi Homemade Fishcake Jimat Kos, Satu Ramuan Boleh Dapat 7 Jenis

2
SHARES

Siapa suka makan fishcake? Biasanya fishcake yang dibeli di luar tidak mempunyai sayur dan hanya tepung semata-mata. Kan dah rugi beli fishcake tapi tak ada rasa ikan. Apa kata anda cuba buat sendiri sahaja fishcake di rumah dengan memerlukan kos RM20 sahaja.

Dengan satu ramuan dapat menghasilkan 7 jenis fishcake. Paling penting sudah tentunya lebih bersih, halal dan sedap. Ikuti perkongsian resepi homemade fishcake jimat kos di bawah.

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Goreng Ikan Bilis Rangup & Tahan Lama, Baru Tahu!

RESEPI HOMEMADE FISHCAKE JIMAT KOS

Cara buat homemade fishcake. Senang kos pun tak banyak. Yang penting bersih halal. Dengan kos tak sampai RM20 boleh dapat 7 jenis fishcake ni.

Bahan-bahan:

  • Isi udang
  • Sotong
  • Ikan dory
  • Bawang putih
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kentang
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Carrot
  • Kucai
  • Cili api
  • Putih telur 2 biji
  • Minyak masak 3 sudu

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua seafood dalam foodprosessor dan kisarkan.

fishcake

2. Kemudian, masukkan semua bahan dan campurkan sayur-sayuran.

3. Kisar sehingga semua bahan sebati.

4. Bentukkan mengikut bentuk yang dikehendaki seperti bulat atau panjang dan goreng.

5. Boleh juga balut bancuhan dengan fucuk dan juga rumpai laut.

6. Gulung dan sedia untuk digoreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Norlaila Dlaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×