Dapur

Resepi Cupcake Milo Kurang Manis. Senang Sangat, Guna ‘Blender’ Je!

9K
reads

“Si abang cakap teringin nak makan cupcake hari ni. Bahan-bahan asas tu ada dekat rumah. Rasanya boleh try buat sendiri. Kalau ajak dia buat sekali pun, mesti seronok. Dapat juga isi masa bersama…”

Akhir-akhir ini memang viral dengan resipi kek milo yang menggunakan 2-3 bahan ringkas. Tapi, rata-rata bukan semua yang cuba membuatnya mendapat hasil yang diinginkan. Ada juga yang tak jadi bila dikukus atau dibakar.

Dalam perkongsian kali ini, Puan Umie Sarah Qisya ingin berkongsikan sebuah resepi cupcake Milo yang tak kurang lazatnya. Menurutnya, ia merupakan olahan daripada kek Milo viral baru-baru ini. Maka, terhasillah versi kurang manis yang digemari anak-anak ini.

Mari kita tengok resepi beliau selengkapnya di bawah ini.

Resepi Cupcake Milo Kurang Manis. Senang Sangat, Guna ‘Blender’ Je!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cupcake Milo kurang manis.

Bahan-bahan

  • 2 cawan Milo
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur saiz B
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu susu pekat manis
  • sedikit esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara-cara

Cara membuatnya sangat mudah. Jangan risau bagi yang tak ada mixer, boleh gunakan blender saja.

1. Campurkan Semua Bahan

Pertama sekali, campurkan semua bahan ke dalam blender.

2. Kisar

Blender hingga sebati, lebih kurang 5-7 minit. Pastikan semua bahan dalam adunan telah bercampur dan tiada gumpalan.

cara buat jus kurma susu

Foto Kredit: ohnuts.com

3. Masukkan Dalam Acuan

Seterusnya, masukkan adunan yang  telah dikisar ke dalam acuan cupcake / cawan kertas.

4. Bakar

Akhir sekali, bakar 170 darjah selama 25-30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

resepi kek milo

Siap!

Kalau nak tambah sebarang topping atau isi, bolehlah masukkan hirisan kacang, cip coklat, atau taburkan topping dengan rice sprinkle, gula kastor, atau nestum. Tapi saya tak tambah apa-apa. Buat versi yang paling simple saja. Ini pun dah cukup sedap. Teksturnya juga sangat lembut dan gebu.

resepi cupcake milo

Mudah kan? Cuma campurkan semua bahan dan kisar. Terus bakar dan siap. Sesuai sangatlah kalau ajak anak-anak buat bersama untuk minum petang di rumah.

Jimat, lazat, dan menyelerakan.

Tak rugi mencubanya!

 

*Resepi cupcake Milo ini disumbangkan oleh Puan Umie Sarah Qisya dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk kepada post asal beliau di SINI.

Yang Popular

To Top