RESEPI BISKUT LAKTASI SIMPLE & SEDAP ALA FAMOUS AMOS
Pernah tak ibu-ibu dengar tentang biskut laktasi @ lactation cookies?
Biskut ini mengandungi pelbagai makanan penggalak susu semulajadi dan dijadikan milk booster untuk ibu menyusu.
Kalau tengok dekat kedai khusus barangan bayi dan ibu, biasanya memang ada jual biskut ni. Di kedai-kedai online pun banyak.
Sekarang ni lagi senang, search aja ‘lactation cookies’ atau ‘biskut laktasi’, macam-macam pilihan keluar!
Apapun, biskut ni biasanya agak mahal berbanding biskut biasa. Jadi sebab itulah kami nak kongsikan pada ibu-ibu resepi biskut laktasi dari Rozita Ogy yang cukup special dan mudah ni.
Selain dapat berjimat, kita juga boleh pilih bahan ikut selera kita masing-masing. Lagi best kan?
Jadi, tak nak buang masa lagi, jom kita tengok resepi biskut laktasi yang simple dan sedap ini.
Resepi Biskut Laktasi (Lactation Cookie) Yang Simple & Sedap
Resepi elok bagus dikongsi bersama. Bolehlah kita jimatkan perbelanjaan terutama dalam musim PKP ni kan.
Kalau beli lactation cookies ni yang dah siap, memang mahal.
Dalam sekotak tu pula cuma ada dalam 10-12 keping saja untuk harga lingkungan RM20-RM30.
Kalau kita buat sendiri, bolehlah dapat banyak sikit kan?
Ni saya share resepinya untuk ibu-ibu cuba di rumah.
Resepi Biskut Laktasi / Lactation Cookies Ala Famous Amos
Bahan-bahan:
- 1 cawan butter
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan gula perang
- 2 biji telur
- 1 sk esen vanilla
- 2 sb organik flaxseed
- 2 sb chia seed
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sb tepung jagung
- 1 sk garam halus
- 1 sk baking powder
- 3 cawan quick oat
- 1 cawan chocolate chip
Cara buat:
1) Panaskan oven suhu 180′
2) Pukul butter, gula halus & gula perang. Masukkan telur satu per satu. Masukkan esen vanilla. Adun sebati.
3) Masukkan flaxseed & chia seed. Gaulkan sebati.
4) Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam halus & baking powder.
5) Campurkan adunan tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
6) Last sekali campurkan oat & chocolate chip kedalam adunan. Gaul rata.
7) Scoop adunan 1 sudu besar letakkan atas baking sheet, tekan bagi bentuk rata, jarakkan sikit sebab cookies ni akan kembang sikit.
(tengok macam dalam gambar saya buat kat bawah tu)
8) Bakar api atas bawah suhu 180′ selama 15minit. Dah masak, sejukkan dulu atas redai baru simpan.
Masa panas-panas dia memang lembut sikit. Dah sejuk nanti baru rangup.
Ok, dah siap bakar boleh makan sikit-sikit.
Sedap macam famous amos gitu!
Nota:
– Adunan ni manis sikit. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula ye. Macam saya memang suka, rasa dia ala-ala biskut famos amos gitu.
– Kalau nak buat saiz kecil, saiz 1 sudu kecil, bakar 10 minit je api 170′.
– Suhu bergantung oven masing-masing.
– Chocolate chip tu boleh ganti dengan kismis/kurma/almond
-flaxseed tu boleh tukar dengan habatussauda.
– Chia seed atau flaxseed ni wajib ada salah satu. Kalau letak dua2 lagi bagus.
Ogy beli kt aeon je,kt bhgn organik murah je. Ade je yang mahal, tapi kite nk jimat kan, so beli yang murah je.
Selamat mencuba!
*Kredit: Rozita Ogy