Dapur

Resepi Asam Pedas Johor Guna Ikan Salmon, Tinggi Kandungan Omega 3!

610
SHARES

“Asyik buat asam pedas guna ikan yang sama je, nak juga kelainan guna ikan lain tapi sedap ke?”

Mungkin ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak biasa menggunakan ikan salmon sebagai ‘hero’ dalam setiap masakan. Bukan sahaja takut tidak sesuai malah ikan yang mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi ini agak mahal harganya di pasaran. Tetapo, tidak salah sebenarnya untuk anda sekali sekala menjadikan ikan salmon sebagai menu utama kerana mempunyai khasiat yang tinggi. Tambah pula kalau dimasak asam pedas, agak-agaknya boleh tambah nasi tak? Jom kita cuba!

Resepi Asam Pedas Salmon Dari Rusia

Selain popular di Melaka, asam pedas juga adalah hidangan yang popular di Johor. Tapi, ada sedikit perbezaan antara resepi asam pedas dua negeri ni. Resepi yang saya nak kongsi ni pula dari Rusia. Haha!

Bahan-bahan:

3 keping potongan salmon

8 sudu besar cili giling/kisar

8 labu bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci lengkuas

1 inci kunyit

1 kuntum bunga kantan

1 ikat daun kesum

1 batang serai

1 sudu besar belacan

1 sudu besar asam jawa

1 biji tomato

5 batang bendi

Garam dan gula secukup rasa

1. Dulu saya belajar di Russia selama 7 tahun. Di sana sukar dapatkan ikan merah, kerisi, tuka, tenggiri dan ikan laut yang lain, kecuali Salmon. Ikan sungai yang banyak. Jadi, kalau nak masak asam pedas, kami beli salmon, dan biasanya bahagian kepala. Orang sana tak berapa makan kepala ikan, jadi harganya murah sikit. Dah balik ke Malaysia, saya masih masak asam pedas ikan salmon, dan saya lihat ramai juga orang Malaysia masak asam pedas salmon.

2. Bendi. Saya tak berapa pandai pilih bendi. Kadang-kadang terpilih yang tua. Cuba beri tip sikit macam mana nak pilih. Apapun, tua ke muda, saya baham je.

3.Bawang merah, bawang putih dan lengkuas. Kawan saya ajar, kalau nak bezakan lengkuas ke halia, lihat pada lilitan dia. Kalau lilitan dia hitam, maka itu lengkuas.

“Saya tutup mata pun boleh bezakan lengkuas dengan halia” kata saya.

“Macam mana tu?” dia tanya.

“Pakai hidung.”

Hoi! Nak ajar memasak ke nak bercerita ni?

4. Stok cili kering kisar yang baru dinyah beku. Beli cili kering banyak-banyak. rebus, kisar, simpan bekas kecil kecil, dan bekukan. Nak guna, nyahbeku, dah guna habiskan terus.

5. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili kisar, belacan, dan kunyit. Kunyit hidup tak ada, jadi pakai serbuk kunyit je lah. Tak nak letak pun tak apa.

6. Tumis baham kisar sampai harum dan pecah minyak. Kalau boleh sampai betul-betul masak dan garing. Garing tu macam mana? Lihat gambar seterusnya.

7. Ha macam ni! Jadi warna gelap sebab bawang-bawang tu semua terkaramel. Jangan sampai ireng geseng pula! Kalau tak faham ireng geseng tu apa, tanyalah mana-mana orang Rusia.

8. Masukkan air sikit, dan campak serai yang dititik. Tak letak pun tak apa.

9. Belah kecombrang’e koyo ngene, then throw in the wok! Fuh! Masih mantap kemahiran saya berbahasa Rusia. Tak nak letak bunga ni pun tak apa. Saya suka, jadi saya letak.

10. Masukkan daun kesum sekali. Dah layu sikit pula daun kesum saya ni. Jangan masukkan tangkai sekali, nanti kena kecam dengan makcik-makcik bawang.

11. Ini pes asam jawa. Jika nak pakai yang berbiji, silakan. Tapi jangan masukkan bininya sekali. Tercekik karang. Niaya!

12. Susun ikan salmon begini. Barulah ikan tak hanyir dan isinya lebih padat. Baru puas bila gigit nanti. OK, saya tipu je. Boleh letak ikan dalam kuali ikut suka hati kalian. Hehe. Kabur pula gambar ni. Lepas ni kena upah jurugambar pengantin setiap kali saya masaklah jawabnya.

13. Masukkan bendi / ladies finger / okra ni! Eh lupa suruh letak garam dan gula. Boleh masukkan sekarang. Jaga-jaga, jangan banyak sangat garam, tadi dah ada belacan.

14. Tada! Siap! Satu potong ikan dah lesap, entah mambang mana curi. Oh ya, hari ni tak ada close up shot. Tak sempat petik gambar, wes entek iwak’e!

Sumber : Kamarul Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×