Didik

Pengambilan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021 Dibuka 1 Disember

murid tingkatan 1 yayasan selangor

Pengambilan Murid Tingkatan 1 di bawah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor Akan Dibuka Pada 1 Disember 2020!

Apakah Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor?

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.

Pelajar-pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

Kriteria Kelayakan Permohonan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan untuk pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Foto Kredit: Yayasan Selangor

Asrama / Sekolah Pilihan

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :

  1. Asrama Pusat Yayasan Selangor
  2. Asrama Daerah Yayasan Selangor
  3. Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

A. Asrama Pusat Yayasan Selangor

Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.

Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

Persekolahan Pelajar Asrama Pusat

Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

AYSSB

SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)

AYSK

  • SMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)
  • SMK Convent, Klang (Perempuan)
  • SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)
  • SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)

B. Asrama Daerah Yayasan Selangor

Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.

Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.

Asrama Daerah di Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan terdiri daripada :

i) Daerah Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)
  • SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bagan Terap (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)

ii) Daerah Kuala Selangor

  • SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Pengkalan Permatang (Lelaki / Perempuan)

iii) Daerah Hulu Selangor

  • SMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki / Perempuan)

iv) Daerah Petaling

  • SMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Shah Alam (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Tinggi Kajang (Lelaki)

v) Daerah Hulu Langat

  • SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) (Lelaki / Perempuan)

vi) Daerah Kuala Langat

  • SMK Telok Panglima Garang ( Lelaki / Perempuan)
  • SMK Banting (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bukit Changgang (Lelaki / Perempuan)

x) Daerah Sepang

  • SMK Seri Sepang (Lelaki / Perempuan)

xi) Wilayah Persekutuan

  • SMK Victoria (lelaki sahaja)

C. Tanpa Asrama / Berulang dari Rumah

Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.

Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :

Selangor

  • SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)
  • SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)
  • SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • SMK Aminuddin Baki (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Seri Bintang Utara (Lelaki / Perempuan)
rancangan khas pendidikan yayasan selangor

Foto Kredit: Yayasan Selangor

2 KAEDAH PERMOHONAN

1) KAEDAH PERTAMA:-

  • Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) dan Memuat Naik (UPLOAD) Dokumen yang Diperlukan Sebelum 14 Disember 2020.
  • Cetak dan Hantar Borang Berserta Dokumen yang Lengkap & Disahkan Selewat-Lewatnya Pada 21 Disember 2020.

2) KAEDAH KEDUA:-

  • Mengisi Borang yang Dimuat Turun (DOWNLOAD) di Laman Sesawang Yayasan Selangor.
  • Hantar Borang Berserta Dokumen yang Lengkap & Disahkan Sebelum atau Pada 21 Disember 2020.

Untuk Makluman Lanjut, Sila Rujuk Seperti Lampiran Atau Terus Layari:-
https://yayasanselangor.org.my/pengambilan-murid…/

Tarikh Permohonan

Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Disember 2020
Tarikh Permohonan Ditutup : 14 Disember 2020
Tarikh Akhir Hantar Dokumen : 21 Disember 2020

Muat turun Brosur di SINI.

Borang Permohonan

1) Borang Permohonan Tingkatan 1 2021 (Atas Talian) akan dibuka pada 1 Disember 2020
2) Borang Permohonan Tingkatan 1 2021 (Muat Turun) akan dibuka pada 1 Disember 2020
3) Borang Pengesahan Pemastautin
4) Borang Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor, sila hubungi:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan SelangorTingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : [email protected]

Layari laman web rasmi : https://yayasanselangor.org.my/rancangan-khas-pendidikan-yayasan-selangor-maklumat-am/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×