Famili

Ramai Tiada Wang Simpanan Kecemasan? Jom Ketahui Tips-Tips Untuk Melindungi Masa Hadapan Kewangan Anda!

1.2K
SHARES

Nak mula amalkan perancangan kewangan atau financial planning ni memang susah, tapi kalau dah ada tabiat menabung, memang senang je nak mulakan pelan kewangan untuk menampung apa-apa kos semasa kecemasan.

Bak kata pepatah, “kita kena sediakan payung sebelum hujan kan”?

Anda tahu tak yang kita sepatutnya dah kena fikir tentang masa depan kita? Lagi-lagi pasal duit ni, maklumlah ekonomi kita pon kadang-kadang tak stabil kan.

Perancangan kewangan ni sepatutnya menjadi amalan kita dari muda lagi. Mesti ramai yang pernah ada buku saku masa sekolah untuk mencatat perbelanjaan dan merancang kewangan.

Sebenarnya, perancangan kewangan apabila kita dewasa taklah jauh berbeza dari zaman sekolah tu, cuma ada beberapa tips yang dapat membantu anda mengurus kewangan agar cukup untuk waktu kecemasan.

1. Tukar gaya hidup

Ramai antara kita yang sukakan gaya hidup yang mewah walaupun gaji cukup-cukup makan kan? Sepatutnya kita kena ubah gaya hidup dengan cara sederhana sahaja.

Tak rugi pon kalau kita ubah gaya hidup kita sebab nanti anda juga yang untung. Untung macam mana tu? Duit yang lebih tu boleh disimpan untuk masa hadapan. Berjimat-cermat selagi boleh, dan potong perbelanjaan yang tak patut.

Setiap pengorbanan dan pertukaran gaya hidup yang anda lakukan sekarang pasti dapat membantu anda untuk membina profil kewangan yang lebih stabil untuk masa hadapan anda jugak tau.

2. Mengutamakan kehendak dari keperluan

Anda mesti selalu berdepan dengan situasi ini kan?

“Wow tengah diskaun ini, murah je”
“Takpe beli je, boleh pakai nanti”
“Rugi tak beli ni, nanti habis pulak”

Ha, anda tidak keseorangan! Ramai jer yang selalu berdepan situasi macam ni. Tapi kadang-kadang apa yang kita beli ni bukan keperluan pun tapi kehendak yang kadang-kadang kita memang tak perlu.

Kadang-kadang ada barang yang kita dah ada tapi masih nak beli yang baru. Ataupun korang cuma beli sebab barang itu ada diskaun. Boleh kalau nak beli barang kehendak tapi pastikan barangan tersebut korang akan guna dan bandingkan harga sebelum membeli.

3. Pastikan anda tahu tujuan penyimpanan

Setiap perancangan memerlukan objektif untuk memberikan anda motivasi di masa akan datang. Kalau anda ingin menabung, pastikan anda tahu tujuan anda menabung. Contohnya, menabung untuk hari tua atau menabung untuk waktu kecemasan.

Matlamat kewangan tak semestinya satu sahaja. Anda boleh ada beberapa target dan merancang untuk setiap satu target kewangan anda.

Contohnya, anda boleh simpan duit untuk nak kahwin, simpan duit untuk beli rumah dan juga ada simpanan duit untuk waktu kecemasan.

Kalau ada matlamat macam ni, anda akan kurang terpikat dengan kehendak jangka pendek atau promosi di luar sana, sebab semangat untuk menyimpan duit dan mencapai matlamat kewangan tu akan membuak-buak.

4. Sentiasa asingkan perbelanjaan harian

Anda tau tak macam mana nak asingkan duit bila dapat gaji? Jom, kita belajar formula ini:

50% – Keperluan

30% – Kehendak

20% – Simpanan/Pelan Perlindungan

Formula tersebut merupakan jumlah yang disarankan, tapi kalau anda nak simpan lebih pun boleh juga.

50% tu merupakan perbelanjaan untuk keperluan atau komitmen anda macam makanan, sewa rumah, duit perbelanjaan utiliti, elaun ibu bapa dan sebagainya.

30% tu boleh digunakan untuk kehendak anda. Walaupun anda tak sepatutnya berbelanja lebih dalam kategori ni, tapi anda kan dah kerja keras untuk duit ni. Jadi pentinglah untuk anda memberikan ganjaran atas usaha anda sendiri! Dari 30% ni, anda boleh beli baju, makan dekat kafé yang best atau keluar berjalan dengan keluarga dan kawan.

20% yang terakhir ni pula haruslah digunakan untuk simpanan hari kecemasan. Tapi, cukup ke simpanan sebanyak tu? Haa, sebab tula pentingnya ada pelan Takaful! Pelan perlindungan Takaful boleh menjadi simpanan bagi waktu kecemasan anda.

Dengan membayar sumbangan setiap bulan atau setiap tahun, pelan Takaful akan menyediakan jumlah perlindungan yang dibayar secara sekaligus sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Bagus kan!

Sediakan payung sebelum hujan dengan FWD Takaful!

Nak lagi selamat, lagi bagus kalau anda sertai pelan Takaful yang boleh membantu menampung perbelanjaan harian atau tambahan apabila kita dalam kecemasan.

FWD Takaful pun ada menawarkan satu pelan perlindungan yang mampu milik dan mudah difahami iaitu FWD Kasih. Lebih hebat lagi, pelan Takaful seperti FWD Kasih takkan membebankan kewangan anda!

Pelan FWD Kasih ni termasuk dalam kempen Baucar Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan B40. Pelan ni telah diperakui oleh Bank Negara Malaysia sebagai pelan perlindungan yang mampu milik.

Dengan kempen Baucar Perlindungan Tenang, anda boleh mohon baucar bantuan kewangan berjumlah RM50 dan menggunakannya untuk sumbangan tahun pertama anda berserta diskaun sehingga 65%*.

Jika anda layak, sumbangan tahun pertama anda akan dibiayai tau!

Apa yang lagi menarik, anda berpeluang memenangi sebuah tablet berserta data internet berjumlah RM400*. WOW!

*Tertakluk pada terma & syarat

FWD Kasih tidak pilih kasih!

Yang bagusnya anda boleh memohon pelan perlindungan FWD Kasih ini pada usia yang muda. Banyak manfaat yang anda bakal perolehi di masa hadapan dengan pelan FWD Kasih.

FWD Takaful juga menawarkan banyak pelan perlindungan yang mudah dan mengikut pendapatan anda. Menarikkan?

Berminat nak daftar? Ikut je cara-cara dibawah ni:

  • Layari laman web ini
  • Isi maklumat anda dan dapatkan sebut harga
  • Baucar Perlindungan Tenang berjumlah RM50 akan digunakan secara automatik dan jika sumbangan anda lebih dari RM50 setahun, baki sumbangan akan dibiayai oleh FWD Takaful!
  • Sahkan maklumat kesihatan anda
  • Baca maklumat persetujuan dan tuntut Baucar Perlindungan Tenang

Senangkan? Kalau anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kempen ni, jangan lupa untuk layari laman web FWD Kasih.

Kalau anda nak tahu info yang lebih lanjut tentang pelan takaful ni, anda boleh lah mohon dalam talian.

Untuk memohon dengan Baucar Perlindungan Tenang, boleh klik di sini.

Untuk memohon tanpa Baucar Perlindungan Tenang, boleh klik di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×