Famili

Rakyat Malaysia Kongsi Apa Mereka Akan Buat Kalau Ada Duit RM1 Juta!

66
SHARES

Ada duit RM1 juta, agak-agak apa anda akan buat?

Bagi sesetengah orang RM1 juta mungkin bukanlah satu jumlah yang besar, tapi bagi rakyat marhaen seperti min RM1 juta tu banyak tau.

Jadi, hari ini min nak kongsikan reaksi dan hasil temu bual min dengan rakyat Malaysia di sekitar Selangor, tentang apa yang mereka nak lakukan jika ada duit sebanyak sejuta dalam akaun bank.

Disclaimer: Temu bual ini hanya eksperimen sosial yang dilakukan untuk melihat sejauh mana keinginan orang kita untuk menabung jika ada sejumlah wang yang banyak dalam akaun.

Apa-apa pun, ini sebahagian daripada rancangan rakyat kita jika mereka ada wang berjumlah RM1 juta.

Realisasikan impian dan hobi mak!

ada duit RM1 Juta! (KWSP #simpanbaik)

Menurut Muhammad Shaifullah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Epul, mengatakan jika dia memiliki wang RM1 juta perkara pertama yang ingin dilakukannya adalah membeli kediaman yang lebih selesa untuk maknya.

“Saya nak beri keselesaan pada mak saya. Saya akan beli rumah yang luas supaya dia boleh bergerak sana sini menggunakan kerusi roda dengan lebih mudah. Orang tua kan suka rumah bawah. So, saya akan beli rumah bawah dan realisasikan impian dan hobi dia yang suka bercucuk tanam. Bagi dia tanam pokok dia suka. Cili ke? Sayur-sayur… Tanam manja-manja gitu.”

Tambahan Epul juga, dia akan menggaji pembantu rumah untuk memantau dan menjaga ibunya saat dia pergi bekerja.

“Saya dah lama pasang impian nak ambil pembantu untuk tolong jaga mak saya dirumah. Boleh la pembantu tolong tengok dan pantau keadaan mak saya, tolong masak dan bantu dia makan ubat.”

Tambah Epul lagi, wang selebihnya dia akan simpan atau laburkan agar boleh dapat pulangan berterusan.

Nak jadi “lady boss” dan bina rumah perlindungan kucing

ada duit RM1 Juta! (KWSP #simpanbaik)

Ingin memenuhi impiannya, saudari Huda binti Abdul Halim, 26, nak merealisasikan impiannya untuk jadi bos besar.

“Seronok kalau ada RM1 juta ni. Mungkin tak banyak bagi orang lain tapi untuk saya ianya satu jumlah wang yang besar. Sebagai permulaan, saya akan bersara daripada pekerjaan semasa dan mula mengumpul harta yang boleh dimakan hasilnya untuk jangka masa panjang.”

“Bukan itu sahaja, saya juga akan membeli bisnes atau melaburkan wang untuk menjana keuntungan berlipat kali ganda. Seterusnya, saya akan membeli sebuah rumah impian kerana hidup sebagai seorang “lady boss” pasti memerlukan kediaman yang selesa bersama keluarga.”

Katanya lagi, jika dia sudah berjaya, dia juga akan berkongsi rezeki untuk kesejahteraan yang dimilikinya sambil mengumpul saham akhirat dengan menjaga ibu bapa, membantu keluarga, membina masjid, pusat tahfiz dan sebagainya. Tidak dilupakan juga anak-anak bulus. Rumah perlindungan akan dibuka di setiap negeri untuk mereka.

Melancong ke destinasi impian!

ada duit RM1 Juta! (KWSP #simpanbaik)

Mahu memenuhi keinginannya untuk meneroka ke pelbagai pusat pelancongan bersejarah dan popular, Muhammad Nashrul Farhan bin Samsudin, 28, mengaku dia sangat excited kalau ada wang RM1 juta.

“Perkara pertama saya akan buat kalau ada wang RM1 juta adalah membina kediaman impian sebab belum ada kemampuan membeli rumah walaupun sudah bekerja. Dunia sekarang keras, semua mahal.”

“Selain itu, saya nak bawa keluarga tercinta menunaikan umrah dan haji bersama-sama. Ini adalah lifetime goal saya. Duit yang selebihnya akan saya simpan dan laburkan. Dimana saya akan laburkan biarlah rahsia. Yang penting ada pulangan dividen yang konsisten dan selebihnya saya akan gunakan untuk melancong ke destinasi impian saya,” Kata Nashrul Farhan sambil berseloroh.

Selesaikan hutang untuk ringankan bebanan hari tua !

ada duit RM1 Juta! (KWSP #simpanbaik)

Responden yang terakhir ialah Shafika Suhaimi, 31, pula menyatakan keinginannya untuk menyelesaikan semua hutang-hutang yang dimilikinya seperti hutang pendidikan.

“Gaya hidup saya dan suami sederhana sahaja dan saya akan kekalkannya walaupun ada duit RM1 juta. Lepas dah selesaikan semua hutang yang ada, saya akan simpan dan laburkan wang selebihnya.”

“Setakat ini yang saya nampak konsisten dalam pemberian dividen adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jadi, saya dan pasangan mungkin akan melabur disana melalui kaedah caruman sukarela. Nanti bila dah ada anak boleh la wang tersebut digunakan untuk biayai yuran pendidikan mereka.”

“Bukan apa, bila dah tua dan bersara kehidupan masih perlu diteruskan. Simpanan ni la yang akan jadi sumber pendapatan utama untuk makan dan minum, jalan-jalan dengan anak dan cucu, menunaikan umrah, haji dan banyak lagi.”

“Sekalipun saya dan suami dah tiada (meninggal dunia) masa depan anak-anak akan terjamin kerana wang simpanan tersebut boleh digunakan oleh mereka.” Katanya kepada kami.

Pentingnya menyimpan!

Korang perasan tak, walaupun kesemua responden kita ni gembira dan excited untuk ada wang RM1 juta tapi setiap seorang dari mereka mesti nak simpan atau laburkan duit agar ada pulangan untuk hari tua?

Dari kenyataan mereka kita boleh simpulkan semua orang nak ada simpanan dan jalani kehidupan yang mereka impikan.

Jadi, bagi kita yang ada kesempatan untuk menyimpan melalui KWSP, #simpanbaikbaik duit kita agar ianya boleh digunakan apabila perlu kelak. Lagipun kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Jadi, tak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan.

KWSP mahu pencarum terbela bila tiba hari tua!

Komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan majikan sentiasa mencarum dan menjaga kebajikan anda, KWSP mahu memastikan setiap seorang daripada kita terbela menjelang hari tua.

Bila ada simpanan persaraan yang mencukupi, kita boleh menjalani kehidupan yang diinginkan dengan tenang. Justeru itu KWSP mahu mengajak orang ramai agar terus konsisten #simpanbaikbaik untuk hari tua.

Bayangkanlah kalau kita bersara tanpa wang simpanan yang mencukupi, silap-silap hari bulan terpaksa bekerja walaupun kesihatan dah tak mengizinkan demi sesuap nasi. Perkara-perkara macam inilah yang KWSP nak elakkan.

Oleh itu, jom #simpanbaikbaik duit kita di KWSP untuk pengurusan kewangan hari tua yang lebih baik.

Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun sekarang!

Apps Store: Aplikasi KWSP i-Akaun

Huawei App Gallery : Aplikasi KWSP i-Akaun

Google Play: Aplikasi KWSP i-Akaun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×