Sihat

7 Teknik Saranan Pakar Untuk Elak Diri Anda Rasa Sunyi Dan ‘Lost’

168
SHARES

“Aku tak tahu apa nak buat…”

Masalah dalam hidup memang akan sentiasa timbul tanpa dijangka. Oleh itu, penting untuk seseorang itu kendalikan masalah dengan betul dan tenang. Doktor ini telah kongsi satu cara untuk atur kehidupan seharian supaya hidup lebih terurus dan tak serabut.

“Saya nak share satu aktiviti yang kami akan wajibkan setiap pesakit depression buat. Tidak kira yang datang adalah pesakit dewasa mahupun remaja atau budak sekolah, aktiviti ni akan diajar masa awal-awal rawatan dijalankan. Tetapi, sekiranya kalian rasa diri kalian lost, sunyi, murung, serabut hidup, tidak berguna, rendah diri, kalian boleh mulakan aktiviti ini di rumah. Aktiviti ini dinamakan Skrip Kehidupan.

SKRIP KEHIDUPAN

Skrip kehidupan ini sebagai perancangan kehidupan kita pada setiap hari. Selalunya kita akan letakkan matlamat hidup kita setiap awal tahun, tetapi Skrip Kehidupan ini diwajipkan dirancang setiap hari sebagai panduan merancang kehidupan yang lebih bermakna. Terbahagi kepada 7 bahagian, setiap hari anda perlu merancang makanan/minuman apa yang akan memasuki perut anda setiap hari, Time management (pengurusan masa), kewangan, kesihatan fizikal, kesihatan mental dan emosi, aktiviti kerohanian atau keagamaan, serta hubungan kita bersama yang tersayang.

1.Fizikal


Apa aktiviti yang kita lakukan untuk kesihatan fizikal kita setiap hari? Berapa minit kita bersenam? Berapa banyak kita keluarkan peluh hari ini? Dan berapa lama kita tak bersenam? Perlu diingat, minda yang cerdas terletak pada badan yang sihat. Bersenam juga salah satu aktiviti Coping Skill (kebolehan mengawal stress) yang sangat berkesan. Saya sangat sarankan aktiviti berjoging kalau anda rasa terlalu stress. Berjoging selama 30 minit untuk 3 kali seminggu. Kita akan perasan perubahan emosi kita sangat ketara. Sayangi badan kita dahulu, emosi kita akan turut terjaga.

2.Kewangan


Berapa duit kita keluar dan masuk setiap hari. Perlu rancang untuk ada sedikit simpanan kecemasan supaya dapat digunakan apabila perlu. Kalau anda suri rumah berbisnes online, boleh simpan sedikit keuntungan sebagai simpanan. Jangan boroskan semua duit untuk keperluan yang tidak penting. Pengurusan kewangan yang bocor merupakan salah satu penyumbang stress negatif yang terbesar dalam diri dan rumahtangga.

3.Makanan / minuman


Rancang apa yang akan memasuki badan kita setiap hari. Sama ada kita menjaga pemakanan dengan memakan makanan berkhasiat, atau kita mengabaikan apa yang memasuki badan kita. Berapa gelas air putih setiap hari, berapa banyak minuman bergula yang kita minum dan adakah cukup keperluan sayuran dan buahan dalam badan kita. Kebanyakkan penyakit sekarang disebabkan dari pengabaian makanan dan minuman yang memasuki tubuh badan kita.

4.Hubungan dengan keluarga

Boleh pecahkan kepada suami, anak-anak dan ibu bapa. Untuk mendapat rumahtangga bahagia, apa yang kita lakukan setiap hari untuk suami dan anak-ajak. Beri yang terbaik, insyaAllah kita akan dapat yang terbaik. Untuk suami, boleh mulakan dengan menjaga nada suara apabila bertutur, jaga akhlak kita sebagai isteri dan sentiasa berniat untuk menjadi isteri solehah dan terbaik. Anak-anak pula, adakah kita bermain dengan anak-anak pada setiap hari? Berapa banyak kita spend masa khas untuk anak-anak.

5.Time management

Rancang masa tidur kita setiap hari. Dan rancang masa untuk pukul berapa kita hendak tidur dan pukul berapa kita mahu bangun tidur. Tidur yang mencukupi sangat penting untuk aktiviti seharian kita. Kekurangan tidur akan menyebabkan kita cepat marah, namun tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan tubuh kita lesu.

6.Mental / Emosi

Boleh pilih untuk mengisi kekosongan mental dan emosi dengan lakukan aktiviti seperti mendengar ceramah, radio, music atau paling bermanfaat adalah membaca. Aktiviti-aktiviti yang dapat menambahkan nilai pada pemikiran kita. Aktiviti yang memberi manfaat pada minda kita dapat membantu kita mengawal bicara serta emosi dan bertindak dengan reaksi yang positif jika kita berhadapan dengan masalah.

7.Kerohanian

Rancang untuk solat 5 waktu tanpa skip. Rancang berapa banyak muka surat Alquran nak dibaca setiap hari dan rancang berapa ratus zikir nak dilakukan seharian. Aktiviti-aktiviti kerohanian sangat membantu keseluruhan hidup kita.

Inilah Skrip Kehidupan. Rancang hidup kita. Apa yang kita mahukan dalam hidup. Selalunya kita ni akan rancang setiap awal tahun, tetapi perancangan tahunan terlalu jauh untuk kita nampak kesannya. Jadi tukarlah rancangan kita ke Skrip Kehidupan Harian.

Sebelum tidur, tulis kembali apa skrip kehidupan keesokkan hari. Hidup kita akan lebih tersusun jika kita design hidup yang kita akan jalani setiap hari. Skrip Kehidupan kita, wajip kita yang rancangkan. Bukan orang lain. Bukan suami kita, bukan sesiapa. Kita tentukan hidup yang ingin kita pilih. Kita yang pandu hala tuju hidup kita. Tanpa skrip kehidupan harian, rutin hidup kita biasa-biasa sahaja. Ikut arus. Berlalu tanpa perancangan. Kita akan lakukan kerja harian dan hakiki yang tidak akan pernah berubah. Ibaratnya kita naik teksi dan tiada destinasi yang hendak kita tuju, maka teksi itu tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Manusia tidak MERANCANG untuk gagal, tetapi biasanya kita gagal untuk MERANCANG. Esok saya plan nak tulis macam mana kita nak rancang Skrip Kehidupan anak-anak. Kita hanya membantu, biar anak-anak tentukan. Ok tak?

Sumber: Norzi Malek

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×