Hebahan

Promosi & Hadiah Percuma! – Ini Yang Menarik Menanti Anda Sekeluarga Di Klook Travel Fest 2019.

3K
SHARES

Bila bercerita bab bercuti mesti anda excited bukan? Tapi, kalau nak bercuti ni macam-macam benda kita kena fikir. Tapi dengan adanya Klook, anda tak perlu risau lagi! Klook adalah aplikasi untuk anda mencari apa saja berkaitan percutian. Tiket pengangkutan di Eropah? Makanan halal di China? Semua ada! Harga pun lebih murah.

Haa.. Klook bakal mengadakan Klook Travel Fest 2019 pada 28 dan 29 September 2019 nanti. Dengar cerita ada banyak tawaran menarik untuk pengunjung.

Tawaran & promosi  luar biasa untuk anda!

Klook Travel Fest 2019 ada promosi hebat untuk anda yang merancang untuk melancong. Antara promosi yang pasti buat anda tak senang duduk ialah Beli 1 percuma 1 ke taman tema seperti Universal Studios Japan, Hongkong Disneyland dan banyak lagi.

Bukan setakat itu je, anda juga berpeluang mendapat diskaun untuk aktiviti pelancongan ke tempat-tempat yang sangat eksklusif. Menarik kan! Anda juga boleh merebut gelaran Top Spender bila berbelanja RM2,000 ke atas. Bolehlah dapat barang kelengkapan melancong dan baucar Klook secara PERCUMA.

Influencer & Selebriti berkongsi tips travel

Selebriti dan influencer yang dijemput akan berkongsi tips penting untuk anda mengenai travel. Inilah peluang untuk anda datang ke Klook Travel Fest 2019 dan ambil input penting, Nak-nak kalau nak melancong dengan anak kecil.

Selebriti seperti Sazzy Falak, Daphne Iking dan Wei Zhi akan memberi tips travel khas untuk anda yang sudah berkeluarga. Untuk yang travel solo boleh sertai sesi bersama Mei Mei Chu yang terkenal dengan travel solo. Baki Zainal dan Asma’ Nasa juga tak ketinggalan untuk berkongsi pengalaman travel mereka.

Ask Klook Booth, lain daripada lain!

Apa yang menarik, Klook menyediakan Ask Klook di mana anda boleh berjumpa dan bertanyakan soalan dan cara penggunaan aplikasi Klook. Mereka juga akan memberi nasihat dan informasi penting mengenai travel.

Bukan itu saja, ada banyak lagi booth yang semestinya menarik di Klook Travel Fest 2019. Antaranya booth yang mewakili Hong Kong Disneyland, Universal Studios Japan, Ocean Park Hong Kong, Sunway Lagoon, Malaysia Airlines, Uniqlo, Aquaria KLCC, The Rift dan banyak lagi. Bolehlah anda bergambar bersama anak-anak.

Ada juga disediakan sudut kanak-kanak yang dibawakan khas oleh Kidzania. Mudahlah sikit untuk anda survey promo di Klook Travel Fest 2019

Kepelbagaian persembahan etnik & budaya

Di Klook Travel Fest 2019 juga akan ada pelbagai persembahan menarik. Antaranya gandingan Jenn Chia dan Jon Liddell yang akan mendendangkan lagu dan pada masa yang sama akan beramah mesra dengan pengunjung.

Selain itu, ada persembahan dari Pong Pong Siblings, dram Jepun daripada Wadaiko SyoEncore Melaka dan K-pop Dance oleh Kueendom dan Kingsman. Ini peluang untuk anda berhibur dan dalam masa yang sama belajar mengenali budaya lain.

Cabutan bertuah dan free gift pun ada!

Anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan banyak barangan PERCUMA. Kalau bertuah, anda mungkin bawa pulang GoPro Hero 7. Selain itu, ada banyak aktiviti dan permainan yang boleh anda sertai. Bolehlah dapat hadiah eksklusif daripada KlookUntung betul!

Untuk join cabutan bertuah anda kena dapatkan baucar percuma untuk setiap tiket masuk Klook Travel Fest 2019, dan pemenang akan di umumkan pada pukul 6.30 p.m untuk kedua-dua hari tersebut. Anda berpeluang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan, pengering rambut Dyson, bagasi Samsonite dan banyak lagi untuk anda miliki. Semua hadiah ini bernilai sehingga RM100,000 tau! Mana nak dapatkan baucar? Klik sini

Tiket adalah percuma!

Untuk tiket masuk sememangnya tiada bayaran akan dikenakan. Anda boleh dapatkan tiket masuk ke Klook Travel Fest 2019 di laman web ini – http://bit.ly/myklooktravelfest.

Jom luangkan hari minggu anda bersama keluarga dan orang tersayang dengan aktiviti-aktiviti menarik di Klook Travel Fest 2019. Boleh rujuk info di bawah okay!

KLOOK TRAVEL FEST 2019

Tarikh : 28 – 29 September 2019
Masa : 10AM – 10PM
Tempat : Hall 9, Level 3, MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), 8 Jalan Dutamas 2, Kuala Lumpur
Arah : 3 minit daripada Publika Shopping Gallery
Google Maps : https://goo.gl/maps/zf5myuNKFnDkYFte6
Waze : https://www.waze.com/ul?ll=3.17911190%2C101.66787450&navigate=yes

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkembangan terkini dan info jadual event sila klik sini

#KlookTravelFest2019
#klookmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×