Hebahan

Program Amal AnCasa Hotel & Spa Dengan Anak Yatim Dan Komuniti Setempat

1
SHARES

Kuala Lumpur – Bersempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur meneruskan tradisinya dengan menyediakan aktiviti untuk komuniti setempat dan Program bersama Anak-anak Yatim.

Tidak ketinggalan dalam meraikan Ramadan, sajian Bubur Lambuk diedarkan kepada orang ramai secara percuma.

Seawal jam 3.00 petang, bertempat di anjung hotel, gotong-royong berlangsung bagi penyediaan Bubur Lambuk yang telah menjadi makanan pilihan serta tradisi di bulan Ramadan. Bergabung tenaga dalam menyediakan Bubur Lambuk ini melibatkan pihak Kulinari hotel yang dibantu oleh pihak pengurusan hotel.

Secara tidak langsung aktiviti ini merapatkan jalinan ukhwah sesama kakitangan hotel.

IMG_20160608_203416small

Turut Melibatkan Aktiviti Komuniti Selain Meraikan Anak Yatim

Pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga mengedarkan lebih kurang 500 bungkus makanan kepada komuniti yang berada di sekitar Pudu Sentral dan “Chinatown”. Program amal ini sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang bangsa.

Ramadan tidak sepatutnya dibiarkan berlalu tanpa kesan signifikan dalam kehidupan setiap Muslim. Sehubungan dengan itu, program sambutan Ramadan diteruskan dengan majlis Berbuka Puasa bagi meraikan anak-anak dari Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak yang terdiri daripada 40 orang anak-anak yatim dan 4 orang penjaga.

Seusai menikmati juadah berbuka yang telah disajikan, pihak Pengurusan UDA Holdings bersama pihak pengurusan AnCasa Hotels & Resorts turut menyampaikan sumbangan ikhlas duit raya kepada anak-anak dari Rumah Penyayang yang hadir.

Bufet Ramadan Selera Desa “Nostalgia 60an”

Tahun ini, pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema elemen 60an dan menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. Kegemilangan beliau sebagi seorang seniman yang tiada gantinya sehingga kini. Walaupun telah lama meninggalkan kita, namun namanya masih menjadi sebutan dan hasil karya seninya tetap mengambil tempat di persada seni tanah air.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada gabungan mantap di antara Chef Yohanis, Chef Mariam & Chef Syukri. Mereka akan mempamerkan hidangan enak yang menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat anda seisi keluarga.

Menawarkan lebih 120 hidangan termasuk gerai secara ‘live’ yang pasti membangkitkan selera pengunjung seperti Apam Balik, Sate, Asam Laksa, Kambing Golek, Aneka pilihan Sup Setapak, puluhan manisan pencuci mulut dan banyak lagi pilihan.

Anda akan turut dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal secara langsung dan pilihan lagu-lagu klasik yang akan menjadi halwa telinga anda sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Bufet Ramadan Selera Desa “Nostalgia 60an” dibuka setiap hari bermula 7hb Jun 2016 sehingga 3hb Julai 2016, dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam pada kadar RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Surau juga disediakan bagi kemudahan mereka yang ingin menunaikan solat.

Tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang juga boleh diatur. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 samb. 7703 atau talian bebas tol di 1-300-88-0032.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×