Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan mereka lebih berdikari. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih terutama sekali apabila selesai menggunakan tandas.
Masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang menunggu umur anak sudah dewasa baru mahu melatih anak-anak supaya biasa dengan tandas. Namun, tahukah anda bahawa latihan tandas sudah boleh dimulakan seawal umur satu tahun.
RUPANYA UMUR SETAHUN DAH BOLEH TOILET TRAINING
Antara perkara yang dilatih pada peringkat permulaan adalah mengajar anak mengenali anggota badan sendiri. Ini supaya dapat memudahkan anak-anak mengenali setiap kali ibu bapa menyuruh anak-anak ketika mencuci badan.
LATIHAN SEBELUM OFF DIAPERS
Antara perkara lain yang perlu ibu bapa ketahui adalah langkah toilet training ini bukanlah untuk terus latih anak off diapers atau tidak pakai lampin pakai buang, malah teknik ini adalah untuk mempersiapkan mereka supaya terbiasa dengan rutin tandas.
Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :
1. Mengawal pundi kencing
Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam. Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak). Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa.
Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.
2.Persediaan untuk bekerjasama
Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.
3.Persediaan fizikal dan emosi
Uji dengan cara seperti dibawah :
-Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
-Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri. Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa. Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang. Mahu bersendirian apabila ingin membuang najis.
Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.
Sumber: WannurSyakira, Portal MyHealth