Famili

Pesan Adibah Noor Untuk Elak Kemalangan Jalan Raya Dengan Menghindari 7 Perkara Ini

16K
SHARES

Walaupun kita dah didedahkan dengan punca dan sebab utama berlakunya kemalangan jalan raya tapi sedarkah kita bahawa kita boleh memilih langkah untuk mencegah. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat.

Jadi, mengapa perlu pentingkan diri dan abaikan 7 perkara mudah ini tanpa memikirkan keselamatan diri anda dan insan tersayang?

7 Kelalaian Utama Yang Anda Kena Elakkan!

Ha! Jangan sampai Adibah Noor marah, okay? Kak Adibah kita siap dah pesan elakkan perkara mudah ini. Ada 7 semuanya. Tak percaya? Cuba dengar lagu ni.

Kan betul kak Adibah dah pesan tu. So, kita sebagai pengguna jalan raya kenalah elakkan perkara yang tak diingini dan jadi pengguna jalan raya yang berhemah. Ingat tak apa pesan kak Adibah dalam video tadi? Ini admin senaraikan semula untuk anda semua.

Pertama jangan guna telefon bimbit semasa memandu, sentiasa pakai topi keledar, naik motor tu janganlah sampai 3, 4 orang. Terlebih muatan tu.

Kalau ada bayi gunalah car seat untuk bayi, pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang setiap kali anda memulakan perjalanan. Jangan memecut macam mat rempit pulak. Pandu dengan berhati-hati ye. Paling penting jangan double park sebab anda akan menyusahkan orang lain.

Kesedaran Anda Kunci Utama!

Nampak tak dengan hanya mengamalkan beberapa sikap positif korang boleh elakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku? Memang la tak 100% sebab wujudnya faktor luar yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan peratusan tu.

Bila risiko kemalangan berkurangan, anda juga bakal menikmati premium motor insurans / sumbangan Takaful yang lebih rendah. Anda mungkin tak sedari bahawa insurans / takaful motor telah pun diliberalisasikan (tak lagi mengikut tarif yang ditetapkan dulu), jadi ianya juga mengambil kira profil risiko individu!

Selain itu, antara langkah lain yang boleh anda ambil untuk melindungi insan tersayang serta kenderaan anda ialah melalui PIAM iaitu insuran kenderaan patuh shariah.

Kalau anda semua nak tahu PIAM membekalkan anda insuran kenderaan serta coverage tambahan jika berlaku kemalangan pada anda dan keluarga.

Berikut adalah produk yang mereka tawarkan:

Dibawah setiap kategori ada maklumat yang lebih detail. Pastikan anda baca, terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pilihan dan meminta quotation harga bagi perlindungan yang anda inginkan.

Ni semua untuk mudahkan urusan anda jugak. At least anda boleh kenal pasti sama ada perlindungan yang ditawarkan sesuai dengan kemampuan anda atau tidak.

Kalau kita tak ambil inisiatif, siapa lagi betul tak? Jadi apa lagi yang anda semua tunggu dapatkan qoutation harga insuran tambahan melalui PIAM MPS sekarang jugak untuk melindungi kenderaan anda serta insan tersayang. Tak rugi pun survey, ianya untuk masa depan anda jugak.

Website: PIAM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×