Asuh

Perbezaan ‘Muntah’ Atau ‘Tercekik, Mak Ayah Kena Pantau Bila Tukarkan Anak Dengan Makanan Baru

8
SHARES

Kejadian tercekik dalam kalangan bayi dan kanak-kanak yang kerap berlaku akhir-akhir ini amat membimbangkan, penukaran makanan buat bayi wajar diberi perhatian untuk mengelak insiden tidak diingini, tekstur yang lebih pejal dan memerlukan kunyahan sebelum ditelan harus diberikan dengan pantauan terlebih dahulu kepada bayi. Ibu bapa mahupun penjaga perlu memberi perhatian mengenai perbezaan gag reflex (reflek loya / muntah) dan tercekik sebagai langkah berjaga-jaga.

Imej di atas adalah keratan rentas paru-paru seorang kanak kanak yang maut akibat tercekik. Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah masih belum pandai mengunyah dengan betul. Hati hati ya.

Ini antara kerisauan utama mak ayah waktu :

1. Nak mulakan anak makan makanan pelengkap

2. Nak ubah tekstur makanan kepada lebih pejal

3. Nak beri anak makan sendiri

Kadang kadang ada masa anak akan buat aksi nak muntah. Kita sebagai ibu bapa tentu akan risau anak nak muntah ke tengah cekik? Ada masa sebenarnya kita boleh biarkan tapi ada masa sebenarnya kita perlu bertindak dengan pantas sebab bila gag reflex bukan sesuatu yang perlu dirisaukan ia normal dan tidak bahaya tapi bila cekik perlu bertindak dengan pantas sebab lambat sikit boleh menyebabkan maut.

PERBEZAAN ANTARA GAG REFLEX DAN CEKIK

1. APAKAH GAG REFLEX DAN CEKIK?

Gag reflex adalah aksi sebelum terjadi keadaan cekik dan ia adalah aksi bukannya kejadian bermaksud belum tentu berlaku keadaan cekik manakala cekik pula adalah apabila sudah terjadi makanan tersekat dalam saluran pernafasan sehingga sukar nak bernafas.

2. PENYEBAB

Gag reflex dalam bayi selalu terjadi jika anak sedang makan benda baru, makan, gigit terlalu banyak ataupun kerana perubahan tekstur makanan. Cekik adalah apabila makanan saiz kecil sudah termasuk dalam saluran pernafasan dan selalu terjadi jika makan terlalu cepat, bayi sedang gelak, bercakap waktu makan, atau makan tak fokus. Maka saiz makanan finger foods tidak boleh lebih kecil dari saiz genggaman bayi.

3. BUNYI

Jika gag reflex, anak akan luak balik makanan, orang dewasa boleh buat mimik atau bunyi muntah tapi bayi tidak, mereka terus seakan nak muntah dan membuat bunyi  ‘wuek wuek’. Cekik adalah senyap serta nampak seperti anak tak boleh bercakap dan tak boleh ambil nafas.

TINDAKAN YANG ANDA PERLU LAKUKAN

1. Jika nampak anak buat aksi muntah, makanan keluar dan berbunyi biar dahulu untuk membiasakan anak dengan rasa dan tekstur makanan baru. Bagi peluang untuk bayi belajar mengunyah.

2. Jika nampak anak buat aksi muntah, tiada makanan keluar dan tiada bunyi cepat-cepat ambil tindakan.

3. Sentiasa awasi anak waktu makan. Tanpa mengira mereka bayi ataupun kanak-kanak. Boleh sahaja ke internet atau youtube untuk lihat video bagaimana gag reflex dan bagaimana cekik untuk lebih faham.

MAKLUMAT TAMBAHAN

– Saluran pernafasan dan saluran makan depan belakang sahaja.

– Waktu makan dan telan secara automatik lidah akan tutup salur pernafasan dan makanan akan turun ke salur makan. Jika waktu makan kita bercakap atau gelak saluran tersebut tidak akan ditutup dan makanan boleh turun ke salur pernafasan.

– Cuba bernafas sambil telan, tidak boleh mesti waktu nak telan tengah tahan nafas.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri , Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×