Famili

Perbezaan JTK & JPP, Pekerja Teraniaya Perlu Tahu Untuk Buat Tuntutan Atas Majikan!

169
SHARES

Memang sukar nak dibayangkan apabila diri diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah. Ada pula tu gajinya sudahlah tidak dibayar, terus pula dipaksa berhenti kerja. Sakitnya beban tu macam mana lah nak sara hidup lepas ini.

Majikan tidak boleh sewenangnya memberhentikan pekerja tanpa alasan kukuh atau menganiaya mereka terutamanya berkaitan gaji. Oleh itu, buat para pekerja teraniaya yang ingin membuat tuntutan ke atas majikan, anda perlu tahu dulu perbezaan JTK & JPP seperti diciapan seorang peguam ini.

Mari ambil tahu, jangan sampai tersalah langkah!

Baca juga: [VIDEO] Pakar Kongsi Tutorial Buat ‘Nasal Test Kit’ Yang Betul!

PERBEZAAN JTK & JPP, PEKERJA TERANIAYA PERLU TAHU UNTUK BUAT TUNTUTAN ATAS MAJIKAN!

Gambar hiasan.

Penting sebenarnya untuk setiap pekerja tahu beza antara Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Tersalah buat aduan, silap-silap nanti hilang peluang untuk buat tuntutan, padahal ada kes yang kuat.

Jom tengok apa beza antara JTK dan JPP.

1. SIAPA YANG BOLEH BUAT ADUAN

JTK

JTK adalah sama dengan Pejabat Buruh atau Mahkamah Buruh.

Memandangkan JTK ditubuhkan di bawah Akta Kerja 1995, maka hanya pekerja yang bergaji di bawah RM 2000 atau pekerja manual sahaja dibolehkan untuk buka kes di JTK.

Tapi Seksyen 69B membenarkan pekerja yang bergaji antara RM 2000 hingga RM 5000 untuk buka kes di JTK namun terhad untuk tuntutan berkaitan tunai sahaja.

JPP

Di JPP pula, mana-mana pekerja swasta yang dibuang kerja boleh buat aduan ataupun representasi ke JPP.

Tiada had minimum atau maksimum gaji.

2. JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIBUAT

JTK

Contoh kes yang boleh dibuka di JTK adalah:

  • Tuntutan bayaran OT.
  • Gaji yang tidak dibayar.
  • Tiada faedah penamatan.
  • Pampasan ganti notis.

JPP

Di JPP, aduan yang dibuat adalah untuk cabar pembuangan kerja dilakukan secara tidak adil.

Contoh?

  • Pembuangan kerja disebabkan tindakan disiplin.
  • Pembuangan kerja atas alasan prestasi kerja.
  • Retrenchment.
  • Force resignation.
  • Constructive dismissal.

Jika kes tak dapat diselesaikan di JPP, kes akan dirujuk pula ke Mahkamah Perusahaan (Industrial Court).

Boleh rujuk di sini untuk prosedur dari JPP hingga ke Mahkamah Perusaahan.

3. GANTI RUGI YANG DIPEROLEH

JTK

Jika kes berjaya dibuktikan, ganti rugi yang akan dapat adalah ikut apa tuntutan kita.

Contohnya, kalau kes kita berkenaan gaji tertunggak sebanyak RM 3,000, maka itulah yang syarikat akan diarahkan untuk bayar.

JPP/Mahkamah Perusahaan

Di peringkat JPP, tiada ganti rugi kewangan tapi hanya pemulihan kerja sahaja.

Kalau majikan tak setuju ambil pekerja bekerja semula, barulah kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Di Mahkamah Perusahaan, kalau menang, award yang akan diberikan adalah maksimum 24 bulan backwages (pekerja probation 12 bulan) dan gantirugi in lieu of reinstatement.

Boleh rujuk Jadual 2 Akta Perhubungan Perusahaan.

SEDIKIT PERINGATAN:

Gambar hiasan.

Untuk pekerja bergaji bawah RM 2,000, hanya boleh buat aduan ke salah satu tempat sahaja. Jadi kena pilih. Kalau dah buat aduan ke JPP, dah tak boleh buat aduan ke JTK lagi.

YANG PALING PENTING:

Tempoh masa untuk buat aduan sama ada ke JTK atau JPP adalah 60 hari dari hari terakhir bekerja.

Ramai yang terlepas peluang untuk buka kes sebab failkan kes lambat, dah di luar tempoh masa, padahal kes kuat.

Kalau terlepas, tak boleh buat apa dah.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber: Twitter Nas Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×