Hebahan

Milik Siapa Rumah Impian RM1 Juta Peraduan Ceria Raya Bersama F&N?

35
reads
Pemenang Cabaran Ceria Raya Bersama F&N 003

Ada sesiapa disini yang menyertai Peraduan Ceria Raya Bersama F&N yang berlangsung pada 1 Jun – 31 Julai 2015 lepas? Agak-agak siapa yang menang rumah impian RM1 Juta yang ditawarkan ya? Atau sebenarnya tak ada orang menang?

Baru-baru berlangsungnya acara akhir Ceria Raya F&N di Sunway Pyramid menyaksikan 5 orang finalis Peraduan Ceria Raya Bersama F&N. Mereka bersaing untuk merebut rumah impian yang bernilai RM1 juta.

Pemenang Cabaran Ceria Raya Bersama F&N 004

Lebih dari 500,000 rakyat Malaysia yang menyertai peraduan ini dan hanya 5 orang yang layak untuk ke acara kemuncak Peraduan Ceria Raya Bersama F&N.

Menurut Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverage, “Peraduan pada tahun ini agak berbeza kerana menggunakan tema hari raya dan peraduan ini sebagai tanda menghargai pengguna F&N”.

F&N antara brand yang menjadi pilihan rakyat Malaysia setibanya bulan ramadhan dan hari raya. Yang sering menjadi pilihan dibulan ramadhan adalah NutriSoy dan 100Plus sebagai minuman isotonik untuk membantu menghidrasi badan sepanjang hari berpuasa. Antara minuman lain yang menjadi pilihan adalah F&N Fun Flavors, F&N Seasons NutriWell, F&N SEASONS Tea, OISHI, EST Cola dan produk terbaru COCO Life.

Siapa pemenang rumah impian RM1 Juta?

Untuk merebut hadiah rumah impian RM1 Juta, 5 finalis dikehendaki melalu 3 cabaran dan 3 orang peserta yang memiliki markah tertinggi akan meneruskan cabaran ke separuh akhir.

Pemenang Cabaran Ceria Raya Bersama F&N 001

Cabaran Mengutip Botol Minuman F&N terbanyak dalam masa 40 saat

Pemenang Cabaran Ceria Raya Bersama F&N 002

3 Peserta yang layak ke separuh akhir. Semua perempuan ye..

3 peserta berentap menjawab kuiz bagi merebut tempat pertama Toyota Innova, tempat kedua Nissan Almera, dan tempat ketiga set teater bernilai RM30,000.

Tahniah kepada:

Hidayati Binti Jamil
Tempat pertama

Nadia Binti Mohamad Nasir
Tempat Kedua

Fatin Shazwani Binti Hamdan
Tempat Ketiga

Masih tertanya-tanya lagi siapa pemenang rumah impian RM1 Juta?

Sebenarnya, cabaran ketiga adalah cabaran untuk pemenang tempat pertama iaitu Puan Hidayati untuk memilih nomboh bertuah dari 75 produk F&N yang tertera. Dari 75 produk tersebut hanya ada 1 sampul yang mempunyai gambar rumah impian RM1 Juta.

Mungkin bukan rezeki untuk memiliki rumah Impian kerana tekaan naluri Puan Hidayati tidak tepat. Puan Hidayati hanya membawa pulang Toyota Innova! Itu pun sudah memadai.

Pemenang Cabaran Ceria Raya Bersama F&N 003

Tahniah kepada semua pemenang!

Yang Popular

To Top