Hebahan

Pengecilan & Struktur Operasi Baharu Media Prima, Kakitangan Terlibat Terima Pampasan Penuh

31
SHARES

Pada November lalu Media Prima Berhad mengumumkan akan melaksanakan transformasi perniagaan yang akan merangkumi perubahan model perniagaan dan pengstrukturan semula dalaman.

Struktur operasi baharu yang akan diperkenalkan semula oleh Media Prima ini bertujuan untuk menjadikan kumpulan tersebut lebih berdaya saing dan mengikut suasana makro ekonomi yang tidak menentu. Ini juga bersesuaian dengan gangguan perubahan landskap media pada peringkat global.

STRUKTUR OPERASI BAHARU

Menerusi satu kenyataan media, Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”) akan memulakan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang merupakan sebahagian daripada fasa transformasi peniagaan seterusnya seperti yang diumumkan pada 1 November 2019.

Struktur operasi baharu serta senarai nama kakitangan yang terlibat telah ditentukan selepas beberapa sesi perundingan dengan Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“KSKSTMB”), Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (“KESTMB”), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (“NUJ”) Cawangan NSTP dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (“NUNW”) Cawangan NSTP.

BAYAR PAMPASAN PENUH KEPADA TERLIBAT

Notifikasi rasmi telah pun diberikan kepada semua kakitangan yang terlibat pada 16 Disember 2019. Pembayaran pampasan akan dibuat secara penuh selepas proses dalaman dan kawal selia ( regulatory ) selesai. Kumpulan telah memastikan pampasan yang adil dan saksama seperti tertakluk di bawah Akta Kerja, perjanjian bersama kesatuan masing-masing dan kontrak pekerjaan. Kumpulan juga akan menyediakan khidmat sokongan kepada kakitangan termasuk perkhidmatan penempatan keluar ( outplacement ) dan kaunseling kerjaya.

Fasa seterusnya pelaksanaan transformasi perniagaan Media Prima termasuklah penukaran model perniagaan dan penstrukturan dalaman. Ini bagi membolehkan Kumpulan lebih berdaya saing dan mampan di masa hadapan, berikutan suasana makro ekonomi yang tidak menentu dan gangguan perubahan lanskap media global dan domestik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×