Hospital

Pengalaman Bersalin di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur

1.7K
reads
Pengalaman bersalin di KPJ Tawakkal

Jenis Hospital: Swasta

Alamat: 
KPJ Tawakkal Specialist Hospital,
No 1 Jalan Pahang,
53000  Kuala Lumpur.

Nombor telefon: 603-4026 7777

Laman web: kpjtawakkal.com

Email: kpjtawakkal.com/contact-us.php

Lokasi:

[flexiblemap address=”KPJ Tawakkal” title=”KPJ Tawakkal”]

[infobox title=’Tentang KPJ Tawakkal Specialist Hospital’]

kpj tawakkal specialist hospital

KPJ Tawakkal Specialist Hospital (KPJ TSH) terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hospital ini dikelilingi oleh pusat membeli-belah dan hotel 5 bintang seperti Sheraton Imperial, JW Marriot, Nikko dan banyak lagi. Hospital KPJ Tawakkal ini juga terletak berdekatan dengan Institut Jantung Negara (National Heart Institute), Pusat Darah Negara (National Blood Bank), Institute of Medical Research dan Perpustakaan Negara (National Library). Dari tingkap KPJ Tawakkal, pengunjung bakal disajikan dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Hospital KPJ Tawakkal ditubuhkan pada tahun 1984 oleh sekumpulan doktor dengan hanya 66 katil. Kini, hospital ini adalah salah satu daripada rangkaian hospital swasta terbesar di bawah jenama KPJ Healthcare Bhd. Sejak 20 tahun lalu. Hospital KPJ Tawakkal telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 80 orang doktor, yang disokong oleh 500 orang pekerja.[/infobox]

1. Kos / Harga Bilik

  • VIP Suite 1 : RM750.00
  • VIP Suite 2 : RM700.00
  • VIP Deluxe : RM600.00
  • Deluxe Single : RM400.00
  • Standard Single : RM320.00

2. Harga / Kos Bersalin

Normal Delivery : Single RM2,800.00++/Double RM2,300.00++/4 bedded RM2,100.00++

C-Section : RM7,000.00-RM8,000.00

*Kos bersalin secara normal atau pembedahan (caesar, czer) cuma anggaran sahaja. Mungkin ada caj-caj tambahan yang lain

3. Pakej Bersalin

Setakat maklumat yang kami ada, KPJ Tawakkal Specialist Hospital tidak menawarkan pakej bersalin. Sila rujuk kos bersalin seperti yang disenaraikan di atas. Untuk pengetahuan, kos mungkin akan berubah, samada menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Ia bergantung kepada situasi sewaktu bersalin, kos rawatan, pilihan bilik, komplikasi semasa bersalin dan lain-lain.

4. Bilangan Katil

188

5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti

Harga dikira mengikut hari (Makanan disediakan)

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynecology

  • Dr. Kelvin J.H. Lim
  • Dr. Foong Chee Hong
  • Dr. Siti Zaleha Abd. Rahim
  • Dr. Abdul Rahman Abu Bakar
  • Dr. Jaafar Yaakob

7. Pengalaman bersalin di KPJ Tawakkal Specialist Hospital

Antara pengalaman bersalin di KPJ Tawakkal yang menarik untuk dikongsikan ialah:

pengalaman bersalin di kpj tawakkal

Hasil kajian kami, tidak banyak yang buat review terkini tentang pengalaman besalin di KPJ Tawakkal, seperti tahun 2015, 2014 atau 2014. Yang ada cuma tahun 2011 dan 2010.

Pengalaman bersalin di KPJ Tawakkal, Tahun 2011

Di KPJ Tawakkal juga, tidak ada masalah langsung untuk suami temankan isteri sepanjang berada di sana. Pengalaman ini dikongsikan sendiri oleh Sakina Adam di blognya:

Ai duduk bilik single room, amik standard room je, bukan VIP, but puas hati selesa! Husband blh overnite temankan ai, then boleh minta baby for room-in,.. Senang nk BF,.. Then kalau family dtg melawat ramai2 pon tak ganggu org,.. Overall mmg puas hati dok KPJ Tawakal Hospital yg baru ni,.. Heeeee papa, sila simpan duit lagi, syg nak bersalin kat sini lagi dgn gynae yg sama,.. Thank you Dr. Siti Zaleha,.. Dah 2 Ziyaad dah ,.. :))

Ikuti cerita penuh pengalaman beliau di sini.

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di KPJ Tawakkal? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin di KPJ TAwakkal anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

 

[rwp-review id=”1″]

[rwp-table id=”0″]

[rwp-table id=”1″]

Yang Popular

To Top