Hebahan

Pendaftaran Sewa Bilik DBKL RM100 Untuk Orang Bujang Kini Dibuka, Jom Apply!

91
SHARES

Berita baik untuk golongan bujang berpendapatan RM2000 ke bawah, fasa pertama projek Perumahan Bandar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibuka untuk pendaftaran. Projek yang baru diperkenal pada awal 2019 ini bertujuan membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

KADAR SEWA SERENDAH RM100!

Pihak DBKL akan menerima 188 penyewa dalam fasa pertama ini manakala 135 penyewa lagi untuk fasa kedua pada penggal pertama 2020. Di bawah skim ini, penghuni akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100 sahaja – termasuk air dan elektrik.

Sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik. Setiap bilik pula boleh memuatkan empat hingga enam orang.

Untuk anda yang berminat, permohonan sewa ini boleh dibuat secara online menerusi sistem ePerumahan DBKL di sini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON E-PERUMAHAN

Antara syarat-syarat kelayakan pemohon adalah:

1.Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun

2. Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

3. Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta

4. Belum berkahwin

Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.

Sumber : e-Perumahan/DBKL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×