Hebahan

Sensodyne Perkenalkan Pencuci Mulut Untuk Lindungi Gigi Sensitif 24 Jam

6
SHARES

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) memperkenalkan pencuci mulut Sensodyne yang mampu melindungi gigi sensitif sehingga 24 jam. Ia selaras dengan usaha mereka dalam memastikan orang ramai mendapat penjagaan gigi lengkap sekali gus memastikan mereka dapat menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Di Malaysia, isu gigi sensitif bukan sahaja pada mereka yang berusia 30-an ke atas, malah remaja berusia 18 tahun sudah menghadapi masalah gigi sensitif dengan 40 peratus daripada mereka tidak menjaga kesihatan gigi dengan baik. Daripada 40 peratus ini, hanya satu pertiga sahaja yang mengguna ubat gigi sensitif untuk merawat gigi sensitif.

Image 02

Pencuci Mulut Pertama Untuk Masalah Gigi Sensitif

“Berikutan terdapatnya peningkatan dalam masalah gigi sensitif di kalangan rakyat Malaysia, kami merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan Pencuci Mulut Sensodyne sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah gigi sensitif dan penjagaan gigi yang sempurna. Pencuci mulut Sensodyne ini memberi kesan yang segar untuk jangka masa yang lama dan fluorida di dalamnya membantu menguatkan gigi serta melindungi daripada masalah reput,” kata Stacey Wallace, Pengurus Besar GSK, Consumer Healthcare Malaysia & Brunei.

Pencuci mulut Sensodyne ini adalah pencuci mulut yang pertama seumpamanya menawarkan perlindungan daripada gigi sensitif untuk tempoh yang lama terutamanya pada mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, secara tak langsung memberi mereka peluang menikmati makanan kegemaran bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan tanpa rasa nyilu akibat masalah gigi sensitif.

Pencuci mulut Sensodyne memberi perlindungan 24 jam daripada gigi sensitif jika diamalkan dua kali sehari selepas memberus gigi. Bahan yang terkandung dalam pencuci mulut ini melegakan gigi sensitif serta melindungi sistem saraf daripada rasa nyilu yang disebabkan oleh gigi sensitif.

Didatangkan Dalam Dua Perisa Segar

Menariknya, pencuci mulut ini juga bebas alkohol dan halal untuk digunakan tanpa ragu-ragu. Ia didatangkan dalam dua perisa iaitu Extra Fresh dan Cool Mint. Extra Fresh ini mengandungi kepedasan floral dengan sedikit perasa vanila manakala Cool Mint pula mengandungi daun pudina, menthol dan teh hijau.

Dr. Army Empol, Konsultan Restorative Dentistry yang hadir dalam majlis pelancaran itu berkata “Gigi sensitif memberi rasa yang tidak selesa, dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan akan menjejaskan kehidupan seperti terpaksa mengelakkan makanan yang sejuk, manis dan panas demi mengurangkan rasa nyilu.”

“Dengan mengguna pencuci mulut Sensodyne dua kali sehari, pengguna dapat menjalani hidup berkualiti bersama keluarga dan rakan. Sebab itu, Sensodyne adalah rakan pagi yang sempurna sebelum memulakan aktiviti harian setiap hari.”

Rangkaian Produk Penjagaan Gigi Berkualiti Daripada GSK

GSK juga menawarkan rangkaian produk penjagaan gigi terkemuka selain Sensodyne seperti Polident dan Parodontax yang memang diformulasikan untuk keperluan gigi khusus. Sensodyne untuk mereka yang menghadapi masalah gigi sensitif, Polident pula adalah jenama penjagaan produk denture yang merangkumi pembersihan dan adhesive manakala Parodontax direka untuk menghentikan pendarahan gusi dan menyelesaikan masalah gusi yang menjadi punca gigi rosak.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×