Rakyat

Pelajar Usia 13 Tahun Jadi Hero Padam Api Kebakaran Rumah Panjang, ‘Settle’ Sebelum Bomba Sampai!

123
SHARES

Ketika di bangku sekolah, setiap tahun merupakan rutin wajib para guru akan menjemput pasukan bomba datang ke sekolah untuk sesi latihan kebakaran. Kebanyakan pelajar yang tidak mengambil serius apa yang diajar dan hanya menjadikan ia alasan untuk tidak masuk ke kelas. Tapi, pelajar ini telah buktikan latihan kebakaran betul-betul boleh dipraktikkan kerana dia telah berjaya padamkan api ketika berlaku kebakaran.

API TELAH DIPADAMKAN BILA BOMBA SAMPAI

Ketua Pasukan Bomba Konawit, Arrahman Chik berkata, api telah pun terpadam setelah pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian yang dinamakan Rumah Andreas di Nanga Lipus pada jam 6.23 petang.

“Remaja itu bertindak pantas dengan mengambil alat pemadam api dan mula semburkan ke bahagian rumah untuk mengelakkan api merebak ke tempat lain.”

PUNCA KEBAKARAN

Kebakaran itu dipercayai berpunca dari salah satu dapur rumah panjang tersebut. 11 orang pasukan bomba telah ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan itu. Walau bagaimanapun, api telah berjaya dipadam oleh Alexsidi sebelum pasukan bomba tiba.

BELAJAR DARI SEKOLAH

Tindakan Alexsidi mendapat pujian kerana bertindak dengan pantas. Apabila ditanya, bagaimana Alexsidi boleh menggunakan alat pemadam api dengan betul, dia menjawab dia belajar ketika sesi latihan kebakaran di sekolah. Oleh kerana latihan itu, Alexsidi berjaya menggunakan alat pemadam api itu dengan betul.

*Wah, bagus adik ni. Bertindak pantas supaya api tak merebak dengan cepat.

Sumber: Sinchew Daily , The Borneo Post

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×