Asuh

Jangan Asyik Guna ‘Shortcut’ Jaga Anak, Ini 6 Perkara Tentang ‘Screen Time’ Ibu Ayah Kena Peka

94
SHARES
gajet untuk anak

“Ish budak ni… Mengacau je dari tadi, satu kerja pun tak jalan. Sekali aku bagi handphone barulah diam. Tapi kalau tiap-tiap hari macam ni tak apa ke?”

Anak-anak zaman sekarang memang bijak mengendalikan smartphone. Sekali kita beri, terus dia diam dan terleka berjam-jam lamanya. Sebenarnya, ‘screen time’ untuk anak-anak perlu ada hadnya.

1. Salah Faham Tentang ‘Screen Time’

Apa yang orang selalu salah faham, ‘screen time’ juga bukanlah bermaksud menghadap handphone saja, tetapi juga termasuk semua aktiviti yang dilakukan di hadapan skrin seperti menonton TV, bermain komputer, atau video game.

‘Screen time’ adalah aktiviti yang tidak aktif secara fizikal kerana tenaga yang sangat sedikit digunakan semasa membuat aktiviti tersebut.

2. Tempoh ‘Screen Time’ Mengikut Umur

Pakar perkembangan kanak-kanak dari American Academy of Paediatrics mengesyorkan:

  • Bawah 18 bulan : Seeloknya tidak didedahkan kepada sebarang peranti elektronik kecuali untuk video call bersama keluarga yang jauh
  • 18 bulan hingga 2 tahun : Penggunaan bawah 1 jam hanya dibenarkan dengan pengawasan ibu bapa dalam masa yang terkawal.
  • 2 tahun hingga 5 tahun : Penggunaan bawah 1 jam sehari. Ibu bapa perlu ‘alert’ tentang perkara yang ditonton oleh anak, menceritakan semula atau memberi penerangan setiap apa yang dipelajari melalui ‘screen time’.

Semakin anak membesar, ibu bapa masih perlu mengawal ‘screen time’ agar tidak menjadi penghalang kepada rutin harian seperti persekolahan, riadah dan waktu tidur.

Foto Kredit: Choc Children’s dengan sumber oleh American Academy of Paediatrics

3. Peraturan ‘Screen Time’

Pakar menggariskan panduan 3C untuk ibu bapa menetapkan waktu screentime yang sesuai dalam satu hari iaitu Content, Context dan Child.

PERTAMA: periksa kandungan (content) media yang ditonton adakah sesuai dengannya dan dapatkan anak belajar sesuatu daripadanya?

KEDUA: Keadaan (context) anak sepanjang hari. Adakah ibu bapa dan anak banyak berinteraksi pada hari ini atau anak asyik dengan gadgetnya berjam-jam?

KETIGA: Perhatikan respon anak (child) selepas menonton media. Adakah dia penuh dengan rasa ingin tahu atau kelakuannya dilihat agresif selepas itu?

Daripada ini, kita dapat menilai kesan media kepada anak dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya lebih anak tidak terlalu bergantung kepada media untuk mengisi masa lapang.

5. Beberapa Alternatif Yang Dicadangkan

Kebanyakan ibu bapa menyediakan gajet sendiri kepada anak atau berikan anak bermain dengan smartphone seawal anak berumur 2 tahun. Ada juga yang berikan table kanak-kanak seperti LeapPad sebagai pendedahan awal kepada teknologi. Selain itu, boleh juga menggunakan ‘busy book’ atau buku aktiviti yang di DIY sendiri bagi melekakan anak-anak membuat aktiviti sensori yang membantu perkembangannya.

Tidak kira apa pendekatan yang diberikan kepada anak-anak,apa yang penting ialah pengawasan kita terhadap aktiviti anak-anak ketika bermain gajet serta jangka masa yang diluangkan.

Walaupun ibu bapa sudah melengkapkan anak-anak dengan pelbagai apps yang bersifat educational, namun perhatian masih perlu diberikan supaya anak tidak tekan sebarang link kepada media yang tidak sesuai umurnya.

anak istimewa

Foto Kredit: My HomeSchool

6. Tanda Ketagihan Yang Kurang Diberi Perhatian

Kajian mendapati penggunaan media seperti TV, handphone, game atau tablet yang terlalu lama membuatkan anak sukar menumpukan perhatian di samping menunjukkan kelakuan yang agresif.

Mereka yang terlalu banyak menonton gajet dan bermain handphone juga cenderung mempunyai masalah kemahiran sosial yang lemah akibat kurang interaksi dengan orang di sekeliling.

Tabiat ibu bapa yang membiarkan televisyen terbuka pada waktu yang lama juga dapat menghalang kemahiran perkembangan sosial anak kerana tumpuan yang hilang ketika ahli keluarga berinteraksi dengannya.

Waktu ‘screen time’ terlalu lama juga sering dikaitkan dengan tabiat tidur yang tidak sihat kerana cahaya dari skrin gajet melambatkan rembesan hormon dalam badan yang membantu seseorang untuk tidur. Banyak lagi keburukan gajet dan ‘screen time’ yang tidak terkawal yang tentu ramai dah sedia maklum.

Foto Kredit: nydailynews.com

6. Ibu Ayah Kena Selalu Buat ‘Spot Check’

Ibu bapa perlu mainkan peranan untuk membezakan media baik atau buruk untuk penggunaan anak-anak.

Periksa dahulu kandungan video atau aplikasi (apps) sebelum diberikan padanya. Berikan apps yang dapat memberi peluang kepada anak untuk melibatkan diri terutamanya dalam pembelajaran interaktif serta pemikiran strategik. Praktikkan pembelajaran tersebut di rumah secara realiti.

Contohnya jika anak baru bermain apps matematik, gunakan mainan atau barang di rumah untuk membuat kira-kira yang mudah difahami. Elakkan apps yang kurang interaktif dan tidak berfaedah serta yang mempunyai iklan yang mendorong kepada apps lain yang tidak sesuai dengannya.

Kuncinya Adalah Kesederhanaan

Gajet bukanlah jalan mudah untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk. Anak perlu belajar untuk mengurus emosi serta kelakuan dengan penuh kasih sayang.

Namun ‘screen time’ secara berkala dibolehkan asalkan ibu bapa sentiasa di sisi anak dengan apps yang interaktif dan penuh dengan kandungan yang berfaedah. Teknologi jika dimanfaatkan dengan betul dapat menjadikan anak lebih berpengetahuan luas dan mudah belajar.  Adalah penting untuk ibu bapa mengurus aktiviti anak supaya seimbang dan berfaedah untuk perkembangannya.

 

*Rujukan: BabyCenter, American Academy Of Paediatrics, MedLine Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×