Famili

Panadol Abadikan Pengorbanan Bapa Di Hari Raya

22
SHARES

Setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna, akhirnya tahun ini kita semua dapat meraikan lebaran dengan yang tersayang.

Apatah lagi tahun ini kita semua dikejutkan dengan pengumuman mengenai tarikh Hari Raya yang diawalkan sehari dari tarikh yang ditetapkan sebelum ini. Huru-hara semua orang nak menyiapkan persiapan raya.

Antara orang yang paling sibuk dengan persiapan menjelang Hari Raya, mestilah ayah. Dari nak mencari daging, nak cari buluh lemang lagi, ketupat lagi.

Sambil menyambut hari lebaran yang dinanti, ramai selebriti yang mengambil peluang untuk menghargai pengorbanan bapa sempena Hari Raya ini.

Hanif Zaki mengabadikan kenangan balik kampung

Suami kepada pelakon terkenal, Anzalna Nasir, Hanif Zaki, 34 berkongsi keterujaan balik kampung bersama arwah bapanya ketika masih kecil.

Sebagai seorang peguam, arwah bapanya banyak mengingatkan Hanif tentang peraturan jalan raya ketika mereka pulang ke kampung halaman.

“Bila tengok iklan raya Panadol, terkenang arwah abah. Kalau balik kampung, dia selalu pentingkan keselamatan. Selalu mintak arwah abah pandu laju sebab excited nak balik kampung cepat. Lepastu selalu la kena tegur.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

Kini sebagai seorang suami dan ayah, Hanif akan sentiasa mengingati pesanan dan mengabadikan kenangan bersama arwah ayahnya setiap kali pulang ke kampung halaman.

Kebaikan perlu sentiasa dihati

 

Anggota Kumpulan DeFam, Sophia Liana melalui hantaran di Instagrammya turut berkongsi kenangan bersama bapanya yang banyak membantu dalam perjalanan kariernya.

Di dalam hantarannya, Sophia teringat bagaimana bapanya akan menyokong karier beliau serta akan membantu orang disekelilingnya walaupun sibuk menguruskan kehidupan.

“Iklan Panadol sememangnya mengingatkan saya dengan pengorbanan ayah. Beliau selalu mengajar saya untuk terus berusaha dan sentiasa berdedikasi sepanjang hidup saya. Ayah juga selalu mengajar saya untuk berbuat kebaikan walaupun berada di dalam kesusahan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia Liana | DeFAM (@sophialiana)

Katanya, beliau akan terus mengingati apa yang diajarkan oleh ayahnya untuk membantu mereka yang memerlukan walaupun kita sedang berada dalam kesusahan.

Hafiz Hamidun pentingkan kesihatan ayah

Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun, turut sama memanjatkan rasa syukur apabila masih diberi peluang untuk menyambut lebaran bersama ayah tersayang setelah dua tahun tidak dapat raya bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Beliau turut berkata, inilah masanya untuk beliau menjaga kesihatan dan membalas segala jasa ayah dan keluarga yang banyak menyokongnya selama ini.

Kini giliran anda pula untuk berkongsi kisah dan kenangan anda bersama bapa dengan membuat hantaran di Instagram bersama #RayaBersamaPanadol. Jangan lupa juga untuk tonton filem pendek Panadol yang diilhamkan daripada sambutan Ramadan di bawah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×