Percutian

Promosi Hotel Lexis Untuk Penjawat Awam Bermula RM240. Ini Cara Buat Tempahan

84
SHARES

Wah, Hotel Lexis buat promosi hebat khas untuk penjawat awam dari 15 Disember hingga 30 Jun 2021!

Dengan pakej ini, penjawat awam berpeluang untuk menginap di bilik-bilik terpilih di Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang pada harga bersih serendah RM240.

Pakej promosi hotel lexis penjawat awam

Cara Buat Tempahan

Penjawat awam yang berminat harus menempah bilik-bilik yang diingini sebelum hari Rabu, 30 Jun 2021, melalui semua laman web rasmi Lexis Hotel dan Resorts, termasuk – Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson atau Lexis Suites Penang, untuk sebarang tarikh daftar masuk mulai hari ini sehingga 30 Jun 2021 dengan menggunakan kod promosi: LEXISGOV

Pakej promosi ini ditawarkan dengan kredit F&B percuma bernilai bersih RM100 dan adalah tertakhluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Butiran Pakej Penjawat Awam Hotel Lexis

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pakej promosi yang ditawarkan:

  • Harga pakej adalah untuk bilik sahaja.
  • Percuma kredit F&B RM100 (Hanya boleh digunakan di mana-mana outlet F&B di hotel sahaja, tidak sah untuk produk tembakau dan minuman keras).
  • Kredit F&B hanya sah sepanjang tempoh penginapan tersebut dan makan/minum di restoran hotel sahaja.
  • Tempahan bilik perlu dibuat melalui laman web rasmi dengan menggunakan Kod Promosi: LEXISGOV
  • Pembatalan tempahan & penukaran tarikh tempahan adalah tidak dibenarkan

Pakej promosi hotel lexis penjawat awam

Terma dan Syarat

  • Tawaran sah dari 15 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.
  • ID staf kakitangan kerajaan yang sah perlu ditunjukkan semasa mendaftar masuk, jika tidak harga bilik akan dicaj mengikut kadar asal.
  • Kredit F&B yang tidak digunakan tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada tunai atau dikembalikan.
  • Terhad kepada dua (2) bilik setiap tempahan.
  • Caj tambahan sebanyak RM150 untuk satu bilik dan satu malam dikenakan pada tarikh 15 Disember hingga 31 Disember 2020, 12 Februari hingga 19 Februari 2021, dan 13 Mei hingga 16 Mei 2021.

Dah sedia nak pergi bercuti?

Jangan lupa patuhi SOP ok.

Jom kongsikan tawaran istimewa ini dengan rakan-rakan dan keluarga yang lain!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×