Asuh

Pakar Kongsi 5 Info Tentang Anak Yang Ramai Mak Tak Tahu

36
SHARES

Mengalas tugas bergelar ibu bapa bukan satu perkara mudah dan boleh dibawa main. Ini kerana pelbagai cabaran perlu dilalui dan juga dipelajari dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna.

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang terlepas pandang beberapa info penting tentang anak lebih-lebih lagi ketika mereka masih bayi seperti perkongsian Puan Wawa Shauqi di laman Facebook. Antaranya adalah sarung tangan bayi hanya perlu dipakai sehingga anak umur 2 minggu sahaja kerana tangan perlu ada pergerakan untuk anak teroka deria sentuh. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

PAKAR KONGSI 5 INFO TENTANG ANAK YANG RAMAI MAK TAK TAHU

5 info berguna untuk ibu bapa di luar sana:

1. Menurut OT Aabidah Ab Ghani, mitten atau sarung tangan-bayi pakai maksimum sampai anak umur 2 minggu je. Selepas itu dah boleh simpan sebab tangan tu perlu ada movement dan anak perlu peluang teroka deria sentuhan dan proprioceptive.

2. Menurut Puan Amizamzuri N Uswatun, bedung baby jangan lebih sampai usia 5 bulan. Bedung bertujuan untuk mengawal Moro Reflex baby yang ada waktunya buat tidur anak terganggu. Lepas tu, dah boleh mula stop pada 2-5 bulan sebab baby nak mula belajar pusing badan untuk persediaan meniarap pula.

3. Menurut Dr Mohd Khairul Izwan, botol susu jangan lebih sampai umur 2 tahun. Yang terbaik, stop waktu umur 12 hingga 18 bulan sebab nanti menganggu perkembangan gusi dan gigi bayi serta oral motor mereka.

4. Menurut Dr Amalina Mohd Daud, umur 12 bulan lepas stop botol, anak dah boleh diajar minum guna cawan. Makanan pejal berbentuk puree boleh mula bagi pada anak 6 bulan. Lepas tu, dah boleh perkenalkan makanan bukan puree iaitu makanan yang lebih pejal lepas 2 minggu.

Kalau boleh, lepas 2 minggu tu, bagi anak merasa proses ambil makanan dan suap ke mulut sendiri. Dengan pantauan ibu bapa dan dengan ilmu ‘baby-led weaning’ juga.

5. Begitu juga dengan peralatan bayi yang lain macam walker dan rocker tu. Kena kurang-kurangkan penggunaan. Bukan tak boleh langsung tau tapi kurang-kurangkan. Sebaliknya, galakkan anak meniarap. Sebab apa? Sebab nak kuatkan core muscle, otot bahu tangan dan badannya. Malah meniarap dan merangkak boleh bantu deria proprioceptive, deria tactile dan eye-hand coordination berkembang dengan baik.

Banyak lagi ilmu perkembangan anak-anak yang kita kena cakna sebenarnya. Yang penting kita mak ayah kena rajin-rajin cari ilmu dengan orang yang betul. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×