Cantik

Online Shopping Je! – MAGICBOO Tawar Produk Penjagaan Diri Dari Eropah Pada Harga Mampu Milik.

3.1K
SHARES

Perasan tak sekarang ni banyak betul wanita dah pandai menjaga diri. Bukan saja penampilan diri mereka yang dititikberatkan tapi penampilan suami, anak-anak dan rumah juga dijaga dengan rapi.

Ramai salah faham dengan wanita-wanita yang tampil bergaya ni. Banyak netizen beranggapan nak cantik kena keluarkan banyak modal. Sedangkan jika kena pada cara dan tempatnya, anda sebenarnya boleh dapat produk penjagaan diri yang berkualiti pada harga berpatutan.

Berbaloi jika dapatkan produk dari MAGICBOO!

Jika anda nak tahu, MAGICBOO antara retailers terbesar di Malaysia yang menawarkan produk kecantikan dan penjagaan rumah daripada negara-negara Eropah, Australia dan Korea. Inilah pusat kecantikan sehenti yang menawarkan produk-produk kecantikan dan penjagaan rumah pada harga mampu milik.

Pada awalnya MAGICBOO adalah  pemborong dan peruncit kepada pelbagai peralatan pelangsingan badan profesional, peralatan kecantikan seperti alat pendandan rambut, kerusi-kerusi syampu di kebanyakan salon rambut dan kecantikan disekitar Malaysia & Singapura.

Disebabkan barang mereka ni semua direct import dan di order dalam jumlah yang besar harga pun jadi lebih murah.

Kini hanya dengan satu klik di laman sesawang MAGICBOO, anda dah boleh beli produk kecantikan, produk penjagaan tubuh badan, produk pelangsingan, produk penjagaan peribadi, produk penjagaan rumah dan banyak lagi.

Jika sebelum ini MAGICBOO ada 50 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Singapura sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001 yang lalu, sekarang mereka dah ada laman sesawang rasmi bagi memudahkan anda berbelanja.

Walaupun, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan sedang berkuat kuasa. Namun, anda masih boleh dapatkan produk yang anda perlukan.

Penghantaran Percuma Ke Semenanjung Malaysia Bila Berbelanja RM 60 ke-atas!

Lebih wow lagi! MAGICBOO turut menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh semenanjung Malaysia jika anda berbelanja RM 60 dan keatas.  Bagi anda yang berbelanja minima RM100, MAGICBOO hadiahkan anda Skindom hand clean gel sanitizer, 300 ml secara percuma.

Eksklusif untuk ahli MAGICBOO yang berdaftar, anda boleh redeem Skindom hand clean gel sanitizer, 30 ml secara percuma tanpa membuat sebarang pembelian. Best kan?

Sekarang, Skindom ada buat offer, Skindom clean hand sanitizer gel 300ml + 10 keping topeng muka anti bakteria, 3 lapisan, hanya dijual pada harga RM 35.90. Harga asal RM 74.90!

Tawar Lebih 5,000 Produk, Pilihlah Yang Sesuai Dengan Anda

Memiliki lebih dari 5,000 rangkaian produk, MAGICBOO adalah retailers terbaik bila anda nak dapatkan produk daripada luar negara seperti produk penjagaan peribadi, produk penjagaan rambut, produk pelangsingan, dan pelbagai lagi .

Lebih menarik, pilihan produk yang ditawarkan datang dari negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Sepanyol, Itali, Denmark, Perancis, Switzerland, Poland, Australia, Turki, Korea dan China.

Tak perlu lagi anda nak kirim dengan personal shopper, anda dah boleh beli produk idaman anda secara terus melalui laman sesawang MAGICBOO. Semuanya dihujung jari je sekarang.

No Third Party! Produk Di Import & Dijual Terus Kepada Anda

Produk-produk yang MAGICBOO tawarkan semuanya diimport dari luar negara dan dipasarkan terus kepada anda melalui laman sesawang dan retail shop mereka. Tak ada pihak ketiga yang terlibat, sebab itu harga yang anda dapat sangat-sangat mampu milik.

Selain itu, produk-produk yang MAGICBOO tawarkan juga berkualiti tinggi dan ada demand yang tinggi di pasaran. Jadi, anda tak perlulah risau! Tiada istilah harga murah, produk dah nak rosak ya. Tambahan pula, mereka selalu update stok bagi memastikan produk yang anda beli dalam keadaan yang terbaik.

Tambahan pula, MAGICBOO tawarkan produk yang memenuhi keperluan setiap peringkat umur dari yang muda hinggalah yang dah berusia.

Produk Wajib Cuba!

1. Dicora Urban Fit

Dicora Urban Fit ialah produk yang dihasilkan 100% di Sepanyol. Antara produk yang mereka tawarkan terdiri daripada syampu, gel mandian, pembersih tangan dan banyak lagi.

Produk mereka bebas daripada silikon dan paraben serta diperkaya dengan vitamin. Produk Dicora Urban fit bukan saja wangi tapi ia juga mampu membersih dan memelihara kesihatan kulit . Nilai pH pun sangat mesra kulit.

2. Evoluderm

Dihasilkan di Perancis, Evoluderm memiliki beberapa rangkaian produk merangkumi produk penjagaan wajah, produk penjagaan tubuh badan, produk penjagaan rambut dan banyak lagi.  Produk mereka bukan saja bebas paraben tapi harganya yang mampu milik pasti menawan hati anda.

3. Creightons

Creightons adalah jenama produk penjagaan peribadi yang di hasilkan 100% di United Kingdom. Jenama ini menawarkan produk-produk penjagaan rambut dan tubuh badan seperti syampu, perapi rambut, gel mandian, skrub badan, krim tangan, dan pelbagai lagi. Mereka juga turut memenangi Hair Award pada tahun 2019 bagi kategori “The Curl Company”.

4. Fresh Feel.

Jenama ini merupakan jenama produk penjagaan peribadi yang dihasilkan di Sepanyol. Ditubuhkan sejak  tahun 1951, dengan slogan “I’m feeling fresh”, keberkesanan produk mereka tidak perlu diragui lagi. Bahkan, setiap penggunaan produk mereka mampu memberikan perasaan segar dan nyaman pada tubuh anda.

Selain mampu melembapkan kulit, ia juga memiliki aroma yang cukup wangi. Rangkaian produk Fresh Feel terdiri daripada syampu, gel mandian, body mist dan banyak lagi.

5. Skindom

MAGICBOO juga ada tawarkan produk kecantikan dari Korea, Skindom. Jenama ini ialah rangkaian produk kecantikan yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi untuk mengembalikan kelembapan kulit.

Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi melalui kepakaran sains dan teknologi, kulit anda pasti terasa lebih lebih lembut, anjal dan gebu selepas menggunakannya.

6. Hello Nature

Hello Nature merupakan rangkaian produk penjagaan peribadi yang terdiri daripada  syampu, perapi dan masker rambut. Dihasilkan di Eropah, rangkaian produk Hello Nature menawarkan produk penjagaan tubuh badan dengan 4 bahan utama yang terdiri daripada minyak kelapa, minyak acai, minyak marula dan kaviar hitam.

7. Eco Clean

Yang ni lain daripda yang lain. Eco Clean ialah jenama produk penjagaan rumah. Rangkaian produk mereka merangkumi sabun pencuci baju, sabun pembersih tandas, sabun basuh pinggan, pembersih/penyental dapur dan ada pembersih serbaguna juga.

Produk-produk ini diformulasikan di Denmark. Dihasilkan menggunakan essentials oil semula jadi yang diekstrak dari tumbuhan dan bunga terpilih tanpa sebarang penggunaan bahan kimia, Eco Clean adalah produk berasaskan alam semula jadi.

8. Green Pharmacy

Green Pharmacy adalah rangkaian produk penjagaan tubuh badan. Mereka menawarkan produk seperti gel mandian, sabun, body butter, losyen badan krim kuku dan tangan, pembersih peribadi wanita dan banyak lagi.

Formula produk Green Pharmacy menggunakan herba kuno dan ianya produk vegan Eropah. Formula herba semula jadi ini menawarkan penjagaan kulit dengan cara paling alami dan tulen.

9. Echosline

Ini adalah salah satu jenama produk penjagaan rambut profesional yang terkenal di Itali. Echosline merupakan pakar dalam industri rambut tau.

Menawarkan pelbagai pilihan produk seperti pewarna rambut, syampu, perapi rambut hinggalah ke masker rambut. Kami jamin anda takkan kecewa dengan hasil selepas menggunakan produk mereka.

10. Piega Viva

Dihasilkan 100% di Itali, Piega Viva ialah rangkaian produk rambut khusus untuk kaum wanita dan lelaki. Mereka tawarkan kit pewarna rambut berasaskan minyak argan dan minyak keratin yang cukup baik bagi memelihara dan menguatkan lagi akar rambut untuk kaum wanita.

Manakala, formula  dalam siri penjagaan rambut lelaki pula 100% bebas ammonia. Maka, anda tak perlulah risau rambut akan rosak walaupun anda kerap mencuci rambut.

Bukan itu sahaja, sebenarnya MAGICBOO juga ada tawarkan beberapa jenama produk kecantikan, produk penjagaan tubuh badan dan produk penjagaan peribadi yang lain dari Eropah dan Australia antaranya:

  • BYPHASSE
  • PARISIENNE
  • KAYPRO

  • LAGARTO
  • BIONSEN
  • esfolio

  • rebirth
  • Enya
  • Natura Balance

  • ECO Modern essentials
  • Crazy Nail
  • max2originale

  • DEPILIA Italwax
  • EVELINE COSMETICS
  • Le Petit Olivier

  • DERMOmed

Dapatkan produk penjagaan diri di MAGICBOO Online Store!

Sebelum admin terlupa, MAGICBOO juga ada buat banyak promosi istimewa untuk anda. Pastikan anda tak terlepas promosi-promosi hebat ni tau, banyak barangan akan ditawarkan dengan harga runtuh. Untung sangat!

Hurm, menarik kan? Banyak betul tawaran yang MAGICBOO ada. Harga pun berpatutan. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Jom kita usya-usya produk mereka.

Website: MAGICBOO

Facebook: MAGICBOO

Instagram: @magicboobeauty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×