Hebahan

Nikmati Rasa  dan Gaya Hidup Korea Di Bawah Bumbung CocoZ.Kr

1
SHARES

Berita baik untuk peminat penjagaan diri dan fesyen dari Korea! Kini anda boleh dapatkan pelbagai aksesori menarik dari Korea di outlet CocoZ.Kr yang terletak di pusat beli-belah Sg Wang.

Hub fesyen terbaru ini menawarkan aksesori terbaru dengan rekaan terkini dari syurga shopping Hongdae, Korea yang sememangnya terkenal di kalangan penggemar fesyen. Malah semua aksesori di CocoZ mempunyai rekaan yang unggul dan unik serta tidak boleh dijumpai di outlet perhiasan lain. Aksesori di sini direka mengikut kesesuaian gaya dan personaliti pelanggan.

CocoZ.Kr - Image C3 - Copy

Outlet Terbaru Berkonsep Korea

“Ia bukan rahsia lagi apabila semua orang sekarang sudah mula beralih kepada kebudayaan masyarakat Asia terutamanya dalam segi makanan dan fesyen. Korea adalah salah satu negara yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Memandangkan rakyat kita sendiri menggemari fesyen dan gaya hidup Korea, maka kami membuka outlet terbaru yang berkonsepkan Korea di Malaysia seterusnya mengembangkan lagi barangan negara itu.” Derrick Tan, Pengerusi Kumpulan Sungai Wang.

Bukan sahaja barangan Korea, CocoZ.Kr juga menawarkan makanan Korea di aras atas yang diilhamkan daripada restoran terkenal, Jongno Halmeoni Kalguksu. Restoran ini terkenal dengan mi sup “handmade knife-cut” yang diperturunkan daripada generasi ke generasi sejak 1988. Mi yang diperbuat daripada tepung gandum kemudiannya dihidangkan dalam sup makanan laut yang sedap dan berbau harum. Selain itu, ia juga menghidangkan pemanis mulut yang dipanggil Bingsu, iaitu ais kisar yang digabung bersama buah-buahan segar seperti mangga dan strawberi.

Majlis pelancaran CocoZ.Kr diserikan dengan sesi peragaan oleh model yang mempamerkan aksesori hiasan diri yang ditawarkan di outlet itu. Turut hadir dalam majlis adalah Umie Aida, yang juga Duta Jenama CocoZ.Kr, Megan Tan dan Tuti, nama yang tidak asing lagi dalam Asia’s Next Top Model Cycle 4 Fame.

Incoco Nail Strips, Antara Produk Paling Laris

“Saya memang minat dengan fesyen dan budaya Korea dan dengan adanya CocoZ.Kr ini membolehkan saya bersantai di sini selepas seharian sibuk di penggambaran. Incoco Nail Strips membantu menjaga kuku saya dengan baik meskipun saya sibuk. ”– Umie Aida

Antara yang menarik adalah Incoco Nail Strips yang mendapat sambutan menggalakkan di Korea dan di negara lain. Buat pertama kalinya, ia dibawa masuk ke Malaysia oleh CocoZ.Kr. Dihasilkan 100 peratus pengilat kuku, Incoco menggabungkan tiga coating untuk asas, warna dan lapisan kemasan dalam satu “easy-to-apply-self-manicure” dengan hasil yang menakjubkan. Incoco Nail Strips datang dalam 200 rekaan dan gaya yang menarik, tidak memerlukan waktu kering dan tahan lama hingga 14 hari.

Dalam majlis itu juga, media dan penulis blog yang hadir berpeluang menjalani sesi manicure mengguna Incoco Nail Appliques dan merasai keenakan hidangan mi sup serta Bingsu.

Maklumat Lanjut

Incoco Nail Appliques juga boleh didapati di Kimarie, Kota Damansara dan outlet di IOI Puchong.

Hidangan Korea pula boleh didapati pada harga set bermula daripada RM15. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi CocoZ.Kr, bolehlah layari FB di https://www.facebook.com/cocoz.kr

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×