Sponsored Post

Nak Jumpa Lee Junho? Ini 4 Sebab CUCKOOTOPIA Pop-Up 2026 Wajib Masuk Dalam List!

Kalau anda peminat K-Drama, K-Pop atau memang suka berkunjung ke acara menarik di pusat beli-belah, jangan lupa tandakan tarikh 22 hingga 25 Oktober 2026.

Sempena sambutan ulang tahun ke-12, CUCKOO bakal membawakan CUCKOOTOPIA Pop-Up di Centre Court, Aras 2, Pavilion Bukit Jalil dengan pelbagai aktiviti, promosi dan penampilan istimewa yang pastinya menarik perhatian.

Paling ditunggu, Duta Global CUCKOO, Lee Junho bakal membuat penampilan khas pada 25 Oktober 2026.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk promosi tukar beli, hadiah percuma dan peluang mendapatkan tiket ke Konsert Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026.

Jadi, sebelum anda merancang aktiviti hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan, ini antara perkara menarik yang boleh dinantikan di CUCKOOTOPIA Pop-Up nanti.

1. LEE JUNHO BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN KHAS!

Buat peminat Lee Junho, ini mungkin antara sebab utama untuk singgah ke CUCKOOTOPIA Pop-Up.

Lee Junho bakal membuat penampilan khas pada 25 Oktober 2026 di Pavilion Bukit Jalil, sekali gus memberikan peluang kepada peminat untuk merasai sendiri kemeriahan acara berkenaan.

Lebih menarik, terdapat juga peluang untuk memenangi sesi bergambar secara bersemuka bersama Lee Junho dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM200 CUCKOO produk di CUCKOOTOPIA Pop-Up. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu bintang kesayangan korang!  

Pengunjung yang hadir turut boleh meninggalkan ucapan melalui zon mesej khas yang disediakan di tapak acara. Jadi, bolehlah luahkan kata-kata manis atau ucapan untuk Lee Junho kerana siapa tahu, mesej anda mungkin dibacanya sendiri!

Kalau bercadang untuk hadir pada hari tersebut, datang lebih awal mungkin pilihan yang baik memandangkan kemunculan selebriti seperti Lee Junho pastinya menarik perhatian ramai.

2. ADA PROMOSI TUKAR BELI SERENDAH RM12 DAN HADIAH PERCUMA

Datang ke acara ini bukan sekadar untuk melihat kemeriahan suasana.

Pengunjung juga boleh mengambil peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik sepanjang acara berlangsung.

Antaranya ialah promosi tukar beli CUCKOO Shower Head dengan tawaran serendah RM12 sahaja, daripada harga asal RM69, jimat RM57! Selain itu, nikmati diskaun produk CUCKOO sehingga 50 peratus.

Malah, terdapat juga hadiah percuma dengan pembelian terpilih.

Jadi, kalau memang sudah lama merancang untuk mendapatkan barangan rumah baharu, bolehlah lihat sendiri tawaran yang tersedia di CUCKOOTOPIA Pop-Up.

3. JANGAN TERLEPAS PELUANG MENANG HADIAH RM30,000

Selain promosi produk, pengunjung yang hadir juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di tapak acara dan merebut hadiah menarik.

Malah, terdapat cabutan bertuah dengan jumlah hadiah sehingga RM30,000.

Jadi, selain datang untuk menikmati suasana acara dan melihat penampilan Lee Junho, bolehlah luangkan sedikit masa untuk meneroka aktiviti yang disediakan.

Mana tahu, rezeki anda pula membawa pulang hadiah!

4. ADA BARANGAN KOLABORASI EKSKLUSIF UNTUK DIBAWA PULANG

Bukan CUCKOO sahaja yang memeriahkan CUCKOOTOPIA Pop-Up.

Acara kali ini turut menampilkan kerjasama bersama beberapa jenama popular termasuk Montigo, STEP8IGHT, GOOJODOQ, HWC Coffee dan WonderLab, selain mendapat sokongan daripada Visit Malaysia 2026.

Menariknya, pengunjung boleh mendapatkan barangan kerjasama terhad seperti baju CUCKOOTOPIA x STEP8IGHT pada harga RM88, berbanding harga asal RM108.

Ada juga set stoking pantulan cahaya pada harga RM28 dan topi Drift pada harga RM58.

Selain itu, korang juga boleh dapatkan Bekas Minuman Edisi Terhad CUCKOOTOPIA × Montigo dengan harga serendah RM38 sahaja, untuk masa terhad! 

Kalau suka mengumpul barangan edisi khas, bolehlah luangkan masa untuk melihat koleksi yang ditawarkan sepanjang acara.

MASIH ADA PELUANG DAPAT TIKET KONSERT!

Belum dapat tiket ke Konsert Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026? Jangan risau kerana CUCKOOTOPIA Pop-Up turut memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan tiket secara percuma menerusi aktiviti yang disediakan di tapak acara.

Pro-Tip: Pastikan korang layari website rasmi CUCKOO, ikuti media sosial rasmi CUCKOO di Facebook, Instagram  dan TikTok untuk sebarang kemas kini kuiz dan giveaway! 

Bagi yang sudah berjaya mendapatkan tiket pula, jangan lupa Konsert Penghargaan CUCKOOTOPIA Ulang Tahun Ke-12 bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 24 Oktober 2026, jam 6 petang.

Malam tersebut bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada nama-nama popular seperti Faizal Tahir, Ella, Jaclyn Victor, Mimi Fly, Hujan, Jeryl Lee, 3P, Umairah, ALPHA, Emily, Janice Yoong dan Odda, selain penampilan khas Trevor Kuo dari Taiwan.

Turut memeriahkan acara ialah Lee Junho, Phei Yong dan Firdhaus, manakala acara akan dikendalikan oleh tiga pengacara iaitu Kamal Adli, Owen Yap dan Fiza Frizzy.

Jadi, kalau anda memang peminat Lee Junho atau sekadar mencari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga dan rakan-rakan, bolehlah masukkan CUCKOOTOPIA Pop-Up di Pavilion Bukit Jalil dari 22 hingga 25 Oktober dalam perancangan.

Mana tahu, selain dapat menikmati kemeriahan acara, anda juga berpeluang membawa pulang barangan menarik, tawaran istimewa atau tiket ke konsert yang dinanti-nantikan.

Jumpa Lee Junho di CUCKOOTOPIA Pop-Up nanti!

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×