Sponsored Post

Nak Hidup Yang Lebih Baik Lepas Bersara? Ini Kami Kongsikan Kenapa Anda Perlu Simpan Di KWSP!

625
SHARES

Semua orang pasti ada hasrat dan merancang untuk bersara pada hari tua nanti. Tentunya anda juga mahukan gaya hidup yang baik, sejahtera dan sama seperti sebelumnya. 

Oleh itu, jom kami kongsikan apa kelebihan dan manfaat yang anda boleh dapat melalui simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hari tua.

Mana tahu anda berpeluang menjadikan persaraan anda sebagai satu taraf hidup yang selesa di kemudian hari.

Dapat memiliki aset dengan hasil wang simpanan sepanjang bekerja

Pernah tak anda terfikir bila dah berusia nanti, anda dah memiliki aset? Kadang-kadang bukan untuk diri sendiri pun tapi untuk anak-anak juga.

Yelah, dengan hasil penat lelah bekerja, akhirnya dapat memiliki rumah, kereta dan macam-macam lagi dengan hasil wang yang anda simpan tu, rasa macam puas kan?

Tak rugi kalau anda mula menyimpan wang ini sebab ia boleh digunakan selepas anda bersara nanti!

Boleh digunakan waktu kecemasan seperti faktor kesihatan

Bukan itu saja, biasanya kalau dah meningkat usia, akan ada faktor-faktor kesihatan yang anda tak boleh nak elak. Walaupun kita rasa macam sihat tetapi kemudian hari belum tentu.

Oleh itu, jika anda mula menyimpan dari sekarang, wang itu boleh digunakan pada waktu kecemasan contohnya membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan.

Boleh digunakan untuk bayar pendidikan anak 

Bila anda dah bersara nanti, time tu anak-anak pula ada yang nak sambung belajar dan sebagainya. Memang tidak dinafikan lah, kalau anak nak sambung belajar ni perlu ada sejumlah wang yang banyak untuk membiayai pendidikan kan?

Jadi, dengan simpanan yang ada di KWSP pada masa akan datang, korang boleh lah gunakan untuk bantu anak-anak. 

Jadi, jom lah Simpan Baik-Baik di KWSP demi masa depan yang lebih baik nanti!  

Haa…kalau anda nak tahu, KWSP telah menjalankan kempen Simpan Baik-Baik tau. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan manfaat buat masyarakat agar anda tahu tentang pentingnya menyimpan dengan mereka. 

Bukan pekerja dibawah syarikat swasta sahaja dibenarkan mencarum dan menyimpan, malah jika anda adalah seorang penjaja di gerai, pemandu peribadi, pemandu e-hailing dan bekerja sendiri juga boleh menyimpan di KWSP ini. 

Lagi banyak anda simpan, lagi bertambah wang yang anda akan dapat bila dah bersara nanti! 

Anda juga boleh mulakan dengan menyimpan sekurang-kurangnya RM10 sehingga RM100,000 setahun tau! Kalau dah sebulan sekali simpan dalam kadar yang anda dah tetapkan dan sentiasa konsisten, lagi bertambah lah wang anda. Seronok kan! 

Tunggu apa lagi, jom mula Simpan Baik-Baik di KWSP hari ini! Barulah perancangan kewangan itu menjadi lebih baik dan terjamin untuk kehidupan selepas bersara nanti.

Untuk info lanjut tentang kempen ini atau nak menyemak baki akaun simpanan KWSP, anda boleh memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun atau layari laman sesawang mereka di SINI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×