Famili

Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Caranya? Baca Tips-Tips Nak Beli Rumah Untuk First Timer Ni!

2.9K
SHARES

Orang tua-tua kata, masa muda lah masa untuk kita kumpul aset kita! Nanti dah tua boleh lah senang-lenang kan? Tapi, kebanyakkan orang muda buntu dan tidak tahu step yang mana mereka perlu lakukan dahulu. Akhirnya, mereka amik jalan untuk menyewa sahaja.

Jangan risau, kami disini untuk membantu! Kalau ini merupakan kali pertama anda beli rumah, ikuti tips-tips yang kami listkan dibawah ni.

Semak kredit score

Bagi yang tak tak tahu, kredit score ni sebenarnya score CCRIS (Central Credit Reference Information System).  Kalau anda pernah buat loan atau ada kad credit dan bayar ikut masa yang ditetapkan, jadi jangan risau. Score anda mesti cantik punya!

Kalau tak pernah buat apa-apa pinjaman pun, anda boleh try check dulu dengan bank score anda tu. Jangan terus tak jadi ya!

Evaluate aset dan liabiti yang anda ada!

Bila berbicara mengenai pembelian hartanah, faktor kewangan merupakan isu yang utama yang akan diutarakan. Sebelum membeli rumah anda hendaklah menilai kemampuan anda. Pastikan gaji bersih anda cukup supaya bila dah beli rumah nanti anda tidak kesempitan wang. Semak aset dan liabiliti yang anda ada untuk memastikan tiada sebarang isu untuk bank luluskan pinjaman anda. Pastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman yang baik!

Sediakan document-document yang berkaitan

Antara dokumen-dokumen yang kena ada ialah:

1) Salinan Kad Pengenalan
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan atau 6 bulan)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan)
7) Dokumen Sokongan:
i. TH, ASB, Fixed Deposit
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan yang anda mampu membayar ansuran bulanan.
v. Laporan CCRIS

Kaji cara yang paling tepat untuk anda bayar downpayment!

Ada pelbagai cara yang disyorkan oleh pakar-pakar hartanah mengikut jenis rumah dan dealer anda tu. Sama ada rumah dengan pemaju, rumah subsale/kedai, rumah, rumah lelong atau tanah lot. Tentukan jenis rumah yang dibeli dah cuba survey cara termudah untuk bayar downpayment. Bukan sahaja muda tapi untuk elakkan ditipu. Make sure jangan bayar terlalu tinggi untuk downpayment dan pastikan ada agreement yang sah!

Periksa kawasan hartanah tersebut

Kalau anda tengok di iklan-iklan rumah, details yang diberikan sememangnya tip-top. Jangan terpedaya dan percaya 100%! Pergi dan periksa kawasan hartanah tersebut sebelum contact dealer tersebut. Buat sedikit research mengenai kawasan rumah tersebut sama ada bersih, tahap keselamatan tinggi atau tidak dan adakah kawasan tersebut terlampau padat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tips- tips beli rumah, apa kata anda pergi ke pameran perumahan Akisama ni!

Kalau anda rasa tips-tips ni masih lagi tak cukup, anda boleh ke pameran hartanah RC Residences ni! Rumah yang ditawarkan berharga RM 358 ribu tau!

Siap boleh dapat benefit lagi kalau anda beli rumah dengan RC Residences ni. Antara  benefit yang ditawarkan ialah:

  • Dikecualikan 5 tahun yuran penyelenggaraan.
  • Kawasan perumahan yang terletak berdekatan dengan pusat bandar.
  • Berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti LRT, KTM,ERL dan juga MRT.
  • Kemudahan fasiliti seperti gym, kawasan tempat letak kereta dan kolam renang.

Anda juga dialu-alukan untuk melawat ke  RC Residences Sales Galleryyang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur atau anda boleh contact diorang pada nombor ni 012-5616862/012-5696862 jika berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ini!

RC Residences Sales Gallery ni dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang tau. Kalau tak sempat nak pergi weekdays, pergi hari Sabtu dan Ahad pun boleh!

Apa jenis rumah yang ditawarkan oleh RC Residences ni?

Terdapat 2 saiz rumah yang ditawarkan oleh RC Residences ni, Type A dengan keluasan 800 kaki persegi manakala Type B dengan keluasan 1,045 kaki persegi. Anda boleh pilih ikut keselesaan anda, nak 2 bilik ke nak 3 bilik.

Contoh pelan rumah macam kat bawah ni:

Jom jumpa Yuna di Open House Akisama. Siap boleh menang kereta!

Sempena raya ni juga, RC Residences yang merupakan salah satu projek perumahan milik Akisama Group akan menganjurkan Akisama Raya Open House. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang ditawarkan.

Details open house tu seperti kat bawah ni:

TEMPAT: RC RESIDENCES SALES GALLERY Jalan 4/108a, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur

TARIKH: 30 JUN 2018 (Sabtu)

MASA: 5.00 pm- 10.00 pm

Di  Akisama Raya Open House ni juga, ada artis yang menjadi pujaan ramai! Siapa lagi kalau bukan malaysian’s sweetheart, Yuna!

Selain Yuna, Kaya the Band juga akan membuat persembahan di open house tu nanti! Boleh ber-rock and roll disana!

Bukan itu sahaja, ada sebuah Perodua Bezza yang untuk diberikan berserta barangan elektronik jenama terkenal untuk dimenangi. Tapi nak menang hadiah ni ada syarat dia.

Anda kena sign surat perjanjian jual beli dan juga bayar deposit untuk membeli rumah kat situ dulu. Barulah layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan.

Sampul duit raya limited edition untuk dimiliki.

Ada lagi yang nak diberikan, Akisama Group ni memang murah hati dengan pembeli-pembeli dia tau! Kalau anda pergi keRC Residences Gallery ni, anda akan dapat sampul duit raya eksklusif ni!

Hanya tunjuk je article ni pada wakil dekat pusat gallery tu, nanti anda akan dapat sampul duit raya macam gambar kat atas ni. Menarik kan?

Tapi sampul duit raya ni hanya terhad pada 500 orang pengunjung utama yang datang sahaja. Jadi jangan datang lambat-lambat, set date tu awal-awal supaya tak terlepas!

Kalau masih berteka-teki nak ke tak nak beli rumah, apa kata tengok dulu video kat bawah ni.

Jangan berlengah, perkara yang baik tak sepatutnya di lengah-lengahkan tau! Jom ke  RC Residences Sales Gallery untuk dapatkan rumah idaman anda sekarang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×