Sihat

Mungkin Tiada Simptom, Kanser Usus Pembunuh Utama Dalam Kalangan Lelaki Di Usia 40-An

10
SHARES

Kanser Usus atau Colon Carcinoma merupakan kanser yang semakin menular dalam kalangan rakyat tempatan. Kanser ini menyerang kolon atau usus dan rektum iaitu bahagian usus besar yang membantu mencernakan makanan dan membuang bahan kumuh. Kanser kolon kini sudah menjadi penyakit gaya hidup berbanding dulu ia hanya dikenali sebagai penyakit genetik yang diwarisi daripada ibu bapa dengan risiko empat kali ganda.

ANTARA FAKTOR KANSER USUS

Faktor kanser kolon termasuklah sejarah keluarga dengan kanser usus, genetik, merokok, pengambilan alkohol, kaum dan jantina, pemakanan tinggi lemak serta kurang serat. Lelaki lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser usus dan kajian menunjukkan kes lebih tinggi di kalangan kaum Cina.

Risiko mendapat kanser usus besar juga meningkat apabila umur meningkat. Ia biasanya dijumpai di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Segera bertanya kepada doktor anda tentang risiko pada diri anda. Sebab tiada simptom pada awalnya. Oleh itu, ujian saringan amat penting.

UJIAN SARINGAN

Pada peringkat awal kanser ni biasanya tiada gejala. Ia mungkin muncul dengan polyp (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus besar yang kemudian berubah menjadi kanser. Ujian saringan penting. Peluang sembuh adalah lebih baik jika dikesan lebih awal. Semua orang (tidak kira wanita/lelaki) yang berusia 50 tahun ke atas yang tidak mempunyai sejarah keluarga kanser usus harus melakukan saringan iFOBT (menggunakan sampel najis).

Ujian Ini boleh dilakukan di klinik kesihatan yang terdekat. Ujian ni mudah sahaja, sampel najis akan diperiksa. Sekiranya positif – harus buat scope dan sekiranya negatif – harus diulang setiap tahun. Untuk yang mempunyai sejarah keluarga kanser usus, jangan tunggu sampai usia 50 tahun. Tolong jumpa doktor di klinik.

Sekiranya test positif, anda akan diberikan kaunseling dan ditawarkan ‘colonoscopy’ atau ujian teropong usus bagi mendapatkan kepastian jelas. Sekiranya ada ketumbuhan, doktor bedah akan mengambil sedikit sampel untuk dihantar ke makmal patologi.

Contoh jika saudara anda kena umur 45 tahun, anda harus lakukan ujian kolonoskopi pada umur 35 tahun. Ujian ni merupakan ujian menggunakan tiub panjang yang dimasuk melalui lubang dubur ke dalam rektum untuk melihat usus anda.

Adalah tidak benar kanser usus tidak boleh dihalang kerana polip boleh dibuang sebelum kanser membesar dan merebak. Hakikatnya, penyakit ini boleh dicegah dan boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal, Pada peringkat awal doktor boleh merawat dan menyembuhkan penyakit itu dengan lebih berkesan malah sesetengah kes tidak memerlukan rawatan kemoterapi atau radioterapi, pesakit boleh sembuh dengan pembedahan.

Oleh itu, jika ada simptom disarankan segera berjumpa doktor atau umur sudah melebihi 40 tahun terus jalani pemeriksaan kesihatan. Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan dan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi serat.

Sumber: Dr. Nimelesh, Dr. Nabil, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×