Cantik

Muka Saya Tiba-Tiba ‘Breakout’ & Penuh Jerawat, Apa Saya Perlu Buat?

47
SHARES

Pernah atau tidak anda mengalamai situasi kulit muka dinaiki jerawat secara tiba-tiba? Kedaaan tersebut menjadikan kita sedih, keliru dan tertanya-tanya mengapa jerawat boleh naik secara mendadak, bukan? Seiring dengan peningkatan usia dan perubahan gaya hidup, kulit kita juga turut mengalami perubahan

Jom tengok tips dan nasihat untuk mengatasi keresahan masalah jerawat anda.

Muka tiba-tiba breakout?! Apa nak buat?

1.Pilih produk yang sesuai

Skincare Products This Dermatologist Would Never Use

Kesalahan dalam memilih produk juga menyumbang kepada faktor anda breakout, mungkin sebelum ini anda mengunakan serum bersifat water-based dan kemudian bertukar pula ke oil-based yang mungkin tidak bersesuaian dengan kulit sehinggakan terjadinya breakout. Untuk atasinya, berhenti memakai produk berkenaan dan kembali semula kepada rutin asas penjagaan kulit iaitu toner, pelembap, serum dan sunblock sahaja sehingga kulit mula pulih.

2.Periksa semula pola pemakanan anda

Pengambilan makanan yang terlalu berminyak dan kekacang menjadikan jerawat lebih agresif dan sukar dikawal. Amalkan memakan buah-buahan seperti epal dan kiwi yang tinggi kandungan vitamin c dan baik untuk kulit, sayuran seperti avocado, brokoli dan tomato juga sangat membantu merawat kulit yang bermasalah. Elakkan diri daripada terlalu stress kerana stress juga akan mendorong anda untuk memilih makanan yang tinggi lemak dan gula.

3.Nilai waktu tidur

Kesibukan bekerja, belajar dan rutin bersosial menyukarkan kita untuk mendapatkan tidur yang cukup namun, kita perlu mencuba sebaik mungkin mengatur waktu tidur bagi mendapatkan tidur yang berkualiti untuk tujuan proses pembaikian sel-sel kulit.

4. Elakkan daripada kerap melihat cermin

Disaran untuk kurangkan melihat cermin ketika muka sedang breakout supaya anda tidak berasa semakin sedih dan gelisah sehingga ingin menyentuh jerawat tersebut, konsistensi dan kesabaran penting untuk merawat semula kulit muka. Pastikan anda juga minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi tubuh dan kulit.

5. Menggunakan masker wajah

Anda juga boleh amalkan pemakaian clay atau sheet mask secara berkala untuk lebih berseri dan membaiki keadaan kulit yang sedang breakout. penggunaan produk yang mengandungi alpha arbutin juga dapat membantu merawat parut jerawat gelap . produk-produk tersebut juga boleh didapatkan di drugstore berdekatan dengan anda.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×