Rakyat

MetMalaysia Keluarkan Amaran Laut Bergelora Mulai Sabtu Hingga Selasa Ini

3
SHARES

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan bermula Sabtu ini hingga Selasa nanti.

Menerusi di laman Facebook MetMalaysia, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama dijangka di kawasan perairan Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh Sabtu sehingga Selasa ini.

Baca juga: Penting Tahu Peraturan 30/30, Ia Tanda Kita Begitu Hampir Dengan Panahan Petir!

METMALAYSIA KELUARKAN AMARAN LAUT BERGELORA

Angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan tersebut.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya di sini hari ini.

Segala aktiviti melibatkan perkapalan dan pantai seperti menangkap ikan dan feri perlu diberhentikan kerana berbahaya.  Amaran angin kencang ini dijangka melanda di kawasan perairsan Phuket.

Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi kategori pertama dengan angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Sumber: Facebook MetMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×