Famili

Meriah Betul Kempen Pilihan Raya McDonald’s! Anda Rasa Calon Mana Bakal Terpilih?

355
SHARES

Baru-baru ini kami di Sirap Limau ada menyiarkan berita tentang pilihan raya McDonald’s yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, pilihan raya tersebut sudah pun bermula pada 13 Jun 2019 yang lalu dan akan berakhir pada 26 Jun 2019 nanti.

Apa yang mengujakan, kempen pilihan raya ini terus menerima sambutan luar biasa daripada netizen Malaysia. Yelah, lain daripada yang lain weh. Bagi yang belum tahu tentang keistimewaan pilihan raya melazatkan ini, baca artikel sampai habis ya!

Saingan calon sengit betul!

Kalau anda nak tahu, kesemua calon bertanding dalam pilihan raya ini ialah terdiri daripada 3 pilihan menu lazat McDonald’s yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lama iaitu McChicken, Double Cheeseburger dan Ayam Goreng McD.

CALON 1
McChicken

McChicken mempunyai pengalaman lebih 35 tahun sebagai salah satu menu terbaik pilihan rakyat Malaysia. Sehingga kini, ramai yang masih yakin dengan kemampuan McChicken untuk terus memegang gelaran sebagai menu No.1 di McDonald’s.

MANIFESTO

Macam yang anda tahu, McChicken sejak sekian lama dah jadi pilihan hati rakyat Malaysia sebab harganya yang sangat murah. Jadi tahun ini, McChicken cuba untuk terus memenangi hati rakyat Malaysia dengan menurunkan lagi harga menunya. Kalau anda tak percaya, sebenarnya, harga McChicken Meal dah pun diturunkan kepada RM8.99 sepanjang tempoh pilihan raya ini. Dan kalau McChicken menang pilihan raya ini, anda pulak boleh enjoy 2 hidangan McChicken dengan harga RM5 je sepanjang minggu! Uishh. Best nih.

CALON 2
Double Cheeseburger

Double Cheeseburger boleh dikatakan banyak membawa pembaharuan di McDonald’s . Mereka yang jemu dengan menu berasaskan ayam banyak berubah arah memilih hidangan kepingan daging lembu lazat dalam Double Cheeseburger.

MANIFESTO

Double Cheeseburger berjanji untuk kembali memperkenalkan semula hidangan popular Quarter Pounder dengan Keju yang sentiasa menjadi sebutan dan permintaan oleh warga media sosial. Paling syok, kalau beliau menang, menu Quater Ponder dengan Keju akan jadi menu kekal di McDonald’s dan anda pulak boleh enjoy 50% diskaun untuk hidangan lazat Double Cheeseburger! Onz tak onz?

CALON 3
Ayam Goreng McD

Menu ini antara yang menjadi fenomena dan kegilaan rakyat Malaysia sejak 2017 yang lalu. Nampaknya tahun ini Ayam Goreng McD cuba berentap dan mahu merebut gelaran menu terbaik No. 1 di McDonald’s .

MANIFESTO

Walaupun masih baharu di McDonald’s , Ayam Goreng McD berani weh untuk turun bertanding dalam pilihan raya. Katanya beliau pun nak buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau juga memahami keperluan rakyat Malaysia yang resah dengan harga barang yang asyik naik. Jadi, sepanjang tempoh pilihan raya ini, harga Ayam Goreng McD turun kepada RM13.99 sahaja. Dan kalau beliau menang, kita boleh beli Ayam Goreng McD dengan tawaran hebat Beli 1 Percuma 1 weh!

Kempen pilihan raya makin hangat

Sepanjang tempoh pilihan raya ini berlangsung, pelbagai gelagat penyokong yang turun berhimpun untuk berkempen mewakili calon bertanding dapat kita lihat di beberapa lokasi terpilih. Berikut antara video yang sempat dirakamkan sepanjang kempen tersebut. Meriah dan bersemangat betul mereka ni!

McChicken

Calon paling senior di McDonald’s ini masih lagi mendapat sokongan ramai sejak sekian lama. Dengan pengalaman lebih 35 tahun, beliau dan penyokong setianya yakin, pilihan raya ini milik mereka!

Double Cheeseburger

Dengar kata penyokong Double Cheeseburger mahukan perubahan dan pembaharuan. Barangkali tahun ini adalah peluang terbaik untuk mereka ubah dan lakukan sesuatu sebab asyik menu ayam je mendominasi. Anda rasa macam mana?

Ayam Goreng McD

Paling bersemangat setakat ini ialah penyokong Ayam Goreng McD yang terus menerus melaungkan slogan “Ayam No.1!, Ayam No.1” tanpa henti. Apakah tahun ini ada kejutan besar jika Ayam Goreng McD menjuarai pilihan raya mengalahkan burger yang sudah berbakti sekian lama? Pilihan bergantung di tangan anda!

Ayuh kita turun mengundi!

Wahai rakyat Malaysia, kami yakin anda mesti tak nak makanan kegemaran anda tu kalah dalam pilihan raya ini kan? Jadi, jom kita ke McDonald’s untuk sama-sama mengundi calon yang layak. Sebaiknya anda bawa lagi ramai kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sokong dan turut mengundi tau.

Cara nak mengundi senang je, anda kena beli mana-mana makanan pilihan anda di McDonald’s iaitu sama ada melalui kaunter, Drive-Thru atau McDelivery. Dan dah siap! Dalam erti kata yang lain setiap 1 makanan yang anda beli, anda sebenarnya dah beri 1 undian untuk calon tersebut. Mudah kan!

Ingat tau, pilihan raya ini akan berakhir pada 26 Jun 2019 nanti dan keputusan pilihan raya pula akan diumumkan pada 27 Jun 2019! Anda rasa siapa akan menang? Sebarang maklumat lanjut tentang pilihan raya McDonald’s 2019, anda boleh layari laman McDonald’s sekarang.

Most Popular

To Top