Replicated Draft

Meniti Usia 60 Tahun, Michelle Yeoh Masih Aktif Raih Kejayaan

1.1K
SHARES

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Meniti usia 60 tahun, pelakon Hollywood berasal dari Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila muncul pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles baru-baru ini.

Yeoh memenangi trofi itu menerusi lakonannya dalam filem ‘Box Office’ berjudul Everything Everywhere All At Once, ditayangkan Mac tahun lalu, menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia.

Lebih mengagumkan, Yeoh menjadi anak tempatan pertama yang dicalonkan ke anugerah Oscar menerusi filem sama bagi ka­tegori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar ke-95.

Sehingga kini, kisah kejayaannya di usia emas terus menjadi sebutan ramai peminat yang terpesona melihat beliau mampu kekal aktif sambil meraih pelbagai kejayaan cemerlang tanpa menunjukkan sebarang tanda penamat.

Usia bukan penghalang

Walaupun tampak mustahil, Yeoh membuktikan dirinya mampu melangkah tanpa sempadan dan menentang tanggapan berkenaan usia lanjut sebagai penghalang bagi seseorang untuk mencipta peristiwa penting dalam kehidupan.

Sejak berkecimpung dalam dunia seni lebih empat dekad lalu, Yeoh terkenal sebagai seorang aktres yang sangat mementingkan gaya hidup sihat dan aktif.

Selain kerap melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, Yeoh juga menitikberatkan mengenai pemakanan seimbang bagi memastikan kesihatan mobiliti, seperti tulang, sendi dan otot sentiasa terjaga.

Yeoh yang juga duta rasmi jenama susu dewasa nombor satu Malaysia, Anlene, turut berkongsi bahawa beliau mula minum Anlene sejak 15 tahun lalu.

Beliau yakin bahawa pemakanan yang baik serta gaya hidup aktif adalah asas membina dan mengekalkan kekuatan dalam penuaan yang produktif.

Anlene Gold 5X™ dirumus secara saintifik dengan kalsium dan protein tinggi, kolagen, 13 vitamin dan mineral serta tanpa gula tambahan.

Dua gelas Anlene setiap hari memenuhi 100 peratus keperluan Kalsium dan Vitamin D harian. Kalsium menyokong tulang yang kuat, dan Vitamin D pula membantu penyerapan kalsium.

Selain itu, Anlene Gold 5X™ turut mengandungi MFGM Active™.

Berdasarkan kajian¹, individu yang mengambil dua gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan nutrien penting setiap hari berserta senaman kerap akan mengalami 40 peratus peningkatan dalam jisim otot.

Mereka juga akan mengalami dua kali peningkatan dalam fleksibiliti dan juga peningkatan keseimbangan sebanyak tiga kali berbanding dengan kawalan kumpulan.

Cabar diri korang! 

Bagi menyokong orang ramai mengikuti jejak sihat dan aktif seperti Yeoh, Anlene mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai cabaran Anlene dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM200.

Langkah peraduan Anlene adalah seperti di bawah:

  1. Ikuti laman Facebook Anlene Malaysia
  2. Cabar diri anda untuk melakukan mana-mana satu daripada empat aksi Michelle Yeoh seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
  3. Sertakan gambar aksi terbaik anda di ruangan komen.
  4. Cabar tiga rakan anda yang lain untuk turut sertai peraduan ini.

Layari laman Facebook Anlene Malaysia untuk sertai peraduan ini.

Selain berpeluang merebut hadiah menarik menerusi peraduan di atas, anda juga boleh mendapatkan Ujian Kekuatan Tulang dan Otot secara percuma bernilai RM150 di roadshow Anlene Mobility Check seluruh negara.

Semak lokasi Anlene Mobility Check seterusnya di jadual di bawah atau layari pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Rujukan: 

  1. Daly et al., (2020) ACJN, 112(2), 427-446.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×