Advertorial

Mencari Hidangan Lazat & Berkhasiat Ramadan Ini? Susu Dutch Lady Kurma & Ros Bandung Kan Ada!

2.7K
SHARES

Ramadan bulan rahmat, bulan barakah yang dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan yang mulia ini, umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan meningkatkan amalan-amalan sunat bagi merebut keredaan dan ganjaran pahala.

Namun, sejak dunia diserang wabak COVID-19, suasana sambutan Ramadan agak suram berbanding tahun sebelumnya. Tapi, jangan jadikan wabak ini sebagai alasan anda lemah dan tak bermaya. Anda perlu dapatkan khasiat makanan yang terbaik untuk anda seisi keluarga kekal bertenaga dan kuat sepanjang bulan Ramadan!

DUTCH LADY KURMA & ROS BANDUNG KEMBALI LENGKAPKAN RAMADAN ANDA

Ramadan tahun lalu, Dutch Lady memperkenalkan variasi baru edisi terhad bagi rangkaian susu Dutch Lady Pure Farm iaitu Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung. Tahun ini, dua variasi yang ditunggu-tunggu kembali lagi bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan.

LENGKAPKAN SAJIAN SAHUR DENGAN DUTCH LADY KURMA

Tidak lengkap rasanya Ramadan jika tiada buah kurma yang juga merupakan salah satu makanan sunnah bagi umat Islam. Buah dengan pelbagai khasiat ini mendapat permintaan tinggi terutamanya apabila menjelangnya Ramadan.

Menggabungkan khasiat susu dengan kurma, Dutch Lady Kurma sangat sesuai menjadi hidangan sewaktu bersahur bagi membantu membekalkan tenaga kepada anda seisi keluarga. Campuran rasa susu dan kurma sebenar pastinya dapat membantu anda kekal aktif sehingga waktu berbuka puasa.

BERBUKA DENGAN HIDANGAN LAZAT DUTCH LADY ROS BANDUNG

Mahukan kesegaran sewaktu berbuka puasa? Anda boleh hidangkan Dutch Lady Ros Bandung sebagai minuman pilihan ketika berbuka. Susu berperisa ros bandung ini pastinya memberikan anda tenaga segera selepas seharian berpuasa. Khasiat susunya pula dapat membantu sistem penghadaman supaya anda sekeluarga kekal sihat bagi menjalani ibadah puasa.

ERATKAN HUBUNGAN BERSAMA YANG TERSAYANG RAMADAN INI DENGAN DUTCH LADY DAN SELEBRITI TEMPATAN

Ramadan tahun ini ternyata agak berbeza berbanding tahun terdahulu kerana ramai diantara kita tidak dapat meraikannya bersama yang tersayang dan hanya teknologi menjadi penghubung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Memahami kesukaran berjauhan bersama keluarga, Dutch Lady ingin membantu anda mengekalkan semangat kebersamaan Ramadan ini melalui kempen #DLVirtualRamadan yang julung kalinya diadakan.

Menggunakan platform media sosial untuk kekal berhubung #DLVirtualRamadan akan menampilkan dua selebriti terkenal tempatan iaitu Syatilla Melvin dan Eina Azman, yang bakal berkongsi persediaan mereka sepanjang Ramadan ini bersama Dutch Lady Kurma dan Ros Bandung.

Pada setiap sesi #DLVirtualRamadan yang berlangsung selama 30 minit ini, anda boleh berinteraksi secara terus dengan artis kegemaran anda dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif berupa kit Ramadan daripada Dutch Lady hanya dengan menjawab soalan mudah yang diberikan oleh Syatilla Melvin dan Eina Azman dihujung sesi.

Jika anda ada menonton penstriman langsung bersama Syatilla Melvin minggu lalu, anda pasti tidak kering gusi melayan celotehnya yang menghiburkan dan perkongsian tentang tips hidangan sahur yang berkhasiat menggunakan Dutch Lady Kurma.

Pada sesi penstriman langsung seterusnya, anda akan ditemani oleh Eina Azman yang terkenal dengan trademarkit’s done” dalam video masakan yang sering dikongsi bersama peminat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai penstriman langsung ini pada 9 Mei jam 4 petang.

Eina akan berkongsikan resipi lazat yang menyegarkan deria rasa anda seisi keluarga ketika berbuka puasa. Jangan lupa untuk kekal sehingga kepenghujung sesi bagi merebut barangan ekslusif daripada Dutch Lady. Penstriman langsung ini boleh ditonton di Instagram Dutch Lady Malaysia!

Jangan ketinggalan untuk sertai #DLVirtualRamadan bersama keluarga dan pastikan anda terus kekal berhubung bersama yang tersayang walaupun tidak dapat berkongsi hidangan bersama.

Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung boleh didapati di pasar raya berhampiran anda dan juga laman jualan atas talian. Sementara stok masih ada. Sebarang maklumat lanjut anda boleh klik di SINI!

Jom raikan Berkat Ramadan dan Susu bersama Dutch Lady Kurma dan Dutch Lady Ros Bandung hari ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×