0-6 Bulan

Menarik! Ini 5 Jenis Tangisan Bayi Sebagai Cara Untuk Berkomunikasi Dengan Kita

805
reads

Bila anak masih kecil atau bayi, salah satu cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita adalah melalui tangisan. Kalau anak tak menangis dalam masa sehari tu, risau juga dibuatnya. Tetapi, kadang-kadang para ibu tak tahu sebab anak menangis dan tidak tahu apa tindakan seterusnya untuk memberhentikan tangisan tersebut. Rupa-rupanya setiap tangisan anak itu berbeza dari segi bunti dan juga maksudnya! Mesti ramai yang tidak tahu kan?

giphy.com

Jom kenal maksud tangisan bayi! Tak payah pening-pening, stress-stress lepas ni. Sekurang-kurangnya 2 dari tangisan ni semua bayi buat,setiap hari, beberapa kali!

1. LETIH DAN MENGANTUK

Terhasil dari reflek menguap. Bila bayi menangis sambil ingin menguap, ‘owh’ akan dibunyikan. Mulut bayi juga akan membujur (oval).

'OWH' : SAYA LETIH/MENGANTUKTerhasil dari reflek menguap. Bila bayi menangis sambil ingin menguap, 'owh' akan dibunyikan. Mulut bayi juga akan membujur (oval).

Nai-post ni Baby Language noong Huwebes, Mayo 25, 2017

2. LAPAR

Terhasil dari reflek menyedut dalam perutnya. Ia akan mencetus lidah bayi untuk bergerak ke kiri dan kanak, bawah dan atas hingga menolak lelangitnya dalam usaha menghisap sesuatu lalu mencetus bunyi kuat ‘N’ diawal tangisan.

'NEH': SAYA LAPARTerhasil dari reflek menyedut dalam perutnya. Ia akan mencetus lidah bayi untuk bergerak ke kiri dan kanak, bawah dan atas hingga menolak lelangitnya dalam usaha menghisap sesuatu lalu mencetus bunyi kuat 'N' diawal tangisan.

Nai-post ni Baby Language noong Huwebes, Mayo 25, 2017

3. SENDAWA

Terhasil bila bayi ingin bersuara/menangis dan dalam masa yang sama abdomennya asyik mengalami kontraksi dalam usaha menolak angin di dalam dada untuk keluar. Maka terhasillah bunyi tersekat-sekat ibarat enjin kereta semput.

'EH': SAYA NAK SENDAWATerhasil bila bayi ingin bersuara/menangis dan dalam masa yang sama abdomennya ashik mengalami kontraksi dalam usaha menolak angin di dalam dada untuk keluar. Maka terhasillah bunyi tersekat-sekat ibarat enjin kereta semput.

Nai-post ni Baby Language noong Huwebes, Mayo 25, 2017

4. TAK SELESA

Dengarkan bunyi hembusan ‘H’ (breathy H) yang terhasil bila kulit bayi mengesan ketidakselesaan seperti panas, sejuk, lampin kotor , baju keras dan 101 hal lain. Termasuk ketidakselesaan emosi seperti rimas dan panik.

'HEH': SAYA TAK SELESADengarkan bunyi hembusan 'H' (breathy H) yang terhasil bila kulit bayi mengesan ketidakselesaan seperti panas, sejuk, lampin kotor , baju keras dan 101 hal lain. Termasuk ketidakselesaan emosi seperti rimas dan panik.

Nai-post ni Baby Language noong Huwebes, Mayo 25, 2017

5. KEMBUNG PERUT

Bunyi paling jarang disebut (ini fakta!) terutama bila mak rajin menyendawakan bayi. Dengarkan bunyi keras dan ‘urgent’ ‘R’. Bayi meneran tangisan, menggerekotkan badan dan sukar bertenang.

'EAIRH': SAYA KEMBUNG PERUTBunyi paling jarang disebut (ini fakta!) terutama bila mak rajin menyendawakan bayi. Dengarkan bunyi keras dan 'urgent' 'R'. Bayi meneran tangisan, menggerekotkan badan dan sukar bertenang.

Nai-post ni Baby Language noong Huwebes, Mayo 25, 2017

Lepas ini, kalau anak mula nak merengek atau menangis tu anda dah dapat kesan sebab anak menangis. Jadi, tak ada lah tertanya-tanya kan? Ingat, tangisan bayi itu adalah perkara yang sihat dan jangan anggap ia sebagai satu masalah ya. Semoga bermanfaat!

Sumber : Baby Language

Yang Popular

To Top