Replicated Draft

Menangi iPhone 14, PS5 & Samsung Galaxy M23 5G Dengan Roda Riang Raya Yoodo!

Sempena musim perayaan ini, Yoodo tampil dengan kempen Roda Riang Raya yang menjanjikan hadiah menarik buat setiap pengguna yang mengambil bahagian. 

Yoodo merupakan satu-satunya penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia yang membolehkan pelanggan mengubah suai sendiri pelan mengikut keperluan masing-masing.

Kempen yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Mei 2023 itu menggunakan konsep ‘spin-the-wheel’ yang menjanjikan hadiah menarik dan lumayan untuk setiap putaran buat pengguna Yoodo baharu dan sedia ada.

Tukar ke Yoodo, jadi pemenang hari ini

Untuk pelanggan baharu, anda hanya perlu bertukar ke Yoodo hari ini dan berbelanja sebanyak RM35 untuk pelan mudah alih mengikut keperluan sendiri.

Selain dapat menikmati data, panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencukupi pada harga yang sangat berbaloi, anda juga dapat memutar roda untuk mendapatkan hadiah-hadiah seperti eBaucar, percutian Glamping, data percuma dan banyak lagi! 

Sekiranya anda memerlukan lebih data tambahan untuk permainan dan aplikasi penstriman, dapatkan produk Booster dan nikmati data pantas 20GB untuk aplikasi kegemaran seperti TikTok, Instagram, Netflix, Mobile Legends: Bang Bang dan banyak lagi pada diskaun 40 peratus, dari hanya RM1 sebulan.

Yoodo juga tidak melupakan pelanggan sedia ada dan turut menjanjikan hadiah sempena kempen Roda Riang Raya.

Pelanggan sedia ada hanya perlu membaharui pelan telco dengan belanja minimum RM35, serta beli Booster sebanyak RM15 untuk memutar roda bagi dapatkan hadiah-hadiah hebat.

Malah, setiap putaran adalah satu peluang untuk menang hadiah utama cabutan bertuah seperti iPhone 14, PS5 atau Samsung Galaxy M23 5G. 

Lebih banyak putaran roda, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama!

Bayar hanya apa anda perlu

Yoodo menawarkan data pantas dan tanpa had pada harga berpatutan untuk mereka yang memerlukan pelan data mudah alih tanpa kontrak atau caj tersembunyi, malah pengguna boleh mengubah suai pelan dan bayar apa yang mereka perlukan.

Dikuasakan oleh rangkaian terluas Celcom, Yoodo menawarkan pengguna kebebasan dan fleksibiliti untuk menghasilkan sendiri dan menukar pelan pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Dengan lebih dua juta kombinasi pelan berpotensi, pengguna boleh memilih jumlah data berkelajuan tinggi, panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang mereka perlukan untuk pelan yang paling sesuai dengan mereka.

Selain itu, pengguna Yoodo kini boleh menikmati sambungan 5G ultra-pantas secara percuma dengan hanya mendaftar pelan berkelajuan tinggi dan mengaktifkan percubaan 5G percuma untuk masa terhad sekarang!

Penghantaran percuma

Jadi, tunggu apa lagi? Daftar dan pesan kad sim 5G percuma anda dan nikmati penghantaran percuma.

Anda juga dapat menikmati 5GB data internet percuma apabila anda mengaktifkan kad sim Yoodo untuk kali pertama.

Pengguna juga boleh mendapatkan kad sim Yoodo mereka dari cawangan BHPetroMart, Petronas Mesra atau Caltex Xpress Point.

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan eSIM percuma melalui aplikasi Yoodo.

Muat turun aplikasi Yoodo dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery hari ini.

Layari laman web Yoodo untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Roda Riang Raya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×