Business

Media Prima Catat Keuntungan Lima Suku Tahunan Berturut-Turut!

25
SHARES

Media Prima Berhad hari ini mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021 dengan memperbaiki kerugian selepas cukai. Hasil kumpulan juga meningkat sebanyak 8%  berbanding tahun 2020 didorong oleh hasil pengiklanan yang lebih kukuh oleh Media Prima Omnia.

Baca juga: Media Prima Kekal Rangkaian Televisyen Utama, Rekod Keuntungan Mantap!

MEDIA PRIMA CATAT KEUNTUNGAN LIMA SUKU TAHUNAN BERTURUT-TURUT

Segmen penyiaran Media Prima mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi pada tahun ini disebabkan peningkatan perolehan sebanyak RM326.0 juta, yang juga merupakan lonjakan 32% berbanding tempoh dalam perbandingan. Perolehan daripada jualan kandungan kreatif turut meningkat.

Perolehan daripada bahagian digital Kumpulan, REV Media Group meningkat sebanyak 10% didorong oleh peningkatan perolehan pengiklanan sebanyak 11%. Tidak ketinggalan, perniagaan penerbitan Kumpulan, yang diwakili oleh The New Straits Times Press (NSTP), mencatatkan keuntungan berbanding kerugian pada tahun lepas.

Perolehan NSTP menurun 8% pada 9MFY21 terutamanya disebabkan oleh jualan akhbar yang lebih rendah, namun disokong oleh pertumbuhan hasil daripada unit percetakan dan pengedaran akhbar sebanyak 49%.

Bagi segmen perdagangan WOWSHOP kekal stabil, biarpun menurun sedikit. Selain itu, Media Prima juga mengumumkan keputusan untuk tiga bulan berakhir 30 September 2021, mencatatkan keuntungan suku tahunan yang kelima berturut-turut.

Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima, berkata:

“Kami kekal yakin dengan prestasi Kumpulan memandangkan perbelanjaan pengiklanan yang meningkat semula. Dengan situasi Covid-19 yang semakin stabil di Malaysia dimana lebih banyak negeri yang sedang memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara, kami berupaya memberi yang terbaik untuk para pelanggan dan penonton kami. Masih banyak yang akan kami laksanakan untuk mengekalkan momentum ini dan kami akan terus berusaha dengan lebih gigih sambil memastikan kecekapan operasi.”

Encik Rafiq Razali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, berkata:

“Kami juga gembira melihat tanda-tanda pemulihan di seluruh perniagaan Kumpulan, seperti NSTP yang mencatatkan keuntungan dua suku tahunan berturut-turut. Kami adalah Kumpulan media terkemuka berdasarkan jumlah audiens yang menggunakan peranti mudah alih dan kami juga berada di kedudukan ketiga di Malaysia berdasarkan jumlah capaian audiens digital.

Media Prima Audio membantu individu-individu yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi bantuan kewangan dan hadiah penghargaan kepada para petugas barisan hadapan. Harian Metro juga bekerjasama dengan Hijrah untuk membantu kumpulan B40 di Lembah Kelang yang menghadapi masalah sosio-ekonomi melalui sumbangan ‘Kotak Rezeki Harian Metro’.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×