Hebahan

Maybelline “Make It Happen” Beri Inspirasi Pada Gadis Yang Sedang Mengejar Impian

20
SHARES

Jenama mekap No.1 Malaysia , Maybelline melancarkan slogan baru khas untuk memberi inspirasi kepada para gadis yang sedang mengejar impian mereka. “Make It Happen” menjadi slogan inspirasi baru daripada Maybelline New York, yang mahukan para gadis di Malaysia mengejar impian mereka tanpa rasa takut, sebaliknya dengan penuh keyakinan, sikap positif dan penuh kreatif dengan penggunaan mekap.

Sewaktu majlis pelancaran slogan baru, Pink Fong, Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia, menjelaskan rasional di sebalik slogan jenama yang baru ini. “Sebagai jenama kecantikan untuk wanita, kami melihat keperluan untuk mengubah cara kami berkomunikasi dengan mereka, terutamanya generasi milenium baru, agar sesuai dengan cara mereka berfikir, bertindak dan menjalankan kehidupan.”

Slogan baru Maybelline turut memperkenalkan #MaybellineITGirls

Slogan baru Maybelline turut memperkenalkan #MaybellineITGirls

Slogan Baru Maybelline, ‘Make It Happen’

“Melalui slogan baru ‘Make It Happen’, kami kini meminta wanita untuk mentakrifkan kecantikan mengikut terma masing-masing, dan dengan semangat keyakinan yang memacu kecantikan menjadi tindakan yang penuh keberanian. Perkataan ‘IT’ dalam Make It Happen merupakan satu perkataan yang penuh berkuasa yang menjadi sebahagian daripada slogan Maybelline sejak beberapa dekad; kini ‘IT’ terletak kepada setiap wanita untuk mentakrifkannya sendiri. Slogan ini menyatakan bagaimana Maybelline New York memperkasakan para wanita hari ini untuk mentakrifkan kecantikan mereka sendiri, menjalani kehidupan yang sepenuhnya dan mencapai impian,” tambah Fong.

Maybelline New York turut menampilkan sekumpulan wanita yang memiliki semangat ‘Make It Happen’ untuk mencapai impian masing-masing. Mereka adalah pada gadis ‘IT’ daripada pelbagai latar belakang dan minat, tetapi semunya berkongsi semangat yang sama dalam mencapai matlamat hidup mereka, termasuklah peserta peringkat akhir rancangan Asia’s Next Top Model 4, di mana Maybelline New York merupakan penaja rasmi bagi mekap.

Menurut Fong, mereka mewakili wanita Malaysia kerana kisah mereka menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia lain untuk bersikap berani mencapai impian masing-masing.

Kuasa Transformasi Mekap Maybelline Bawa Gadis Mencapai Impian

Menurut Fong, mekap menyediakan faktor keyakinan dan pemboleh yang tinggi dan dapat menembusi halangan yang paling besar dalam mencapai impian – iaitu kurang keyakinan diri.

Gadis ‘IT’ Maybelline turut berkongsi pengalaman bagaimana mekap mengubah kehidupan mereka, dan memberikan mereka keberanian, semangat dan keyakinan untuk mencapai impian. Mereka terdiri daripada satu-satunya peserta Malaysia dalam Asia’s Next Top Model 2016, Nuraini Mohd Noor; usahawan seni dan pereka barangan kemas Harmini Asokumar; aktres Nur Elisya Mohd Faisal; penyanyi Youtube, Johanis Mohd Sani; vlogger kecantikan dan gaya hidup Wong JieXhia; dan model bebas Noorzamrina Hj Zamrin.

Finalis Asia’s Next Top Model 4 dari Malaysia, Nuraini Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai ‘Tuti’, mendedahkan bahawa mekap bukan sekadar sebahagian daripada kerjayanya sebagai model. “Seperti pengasas America’s Next Top Model Tyra Banks yang pernah berkata, ‘Saya suka dengan keyakinan yang diberikan oleh mekap kepada saya’. Bagi saya, rangkaian produk Maybelline yang pelbagai membolehkan saya menyerlahkan daya kreativiti dalam menentukan penampilan saya pada setiap hari.” kata Tuti.

Harmini, yang ditampilkan dalam kempen ‘IT’ Girls misalnya, mengambil langkah berani untuk berhenti daripada kerja yang stabil sebagai Eksekutif Komunikasi untuk menumpukan perhatian penuh kepada minat besarnya, iaitu menguruskan perniagaan menjual barangan perhiasan rekaannya.

“Maybelline pasti merupakan jenama yang mengubah wanita untuk memberi mereka sikap dan kekuatan bagi meneruskan apa yang mereka percaya,” terang Harmini. “Ia bukan hanya mekap; tetapi keyakinan yang diberikan daripada penampilan kita yang terbaik tanpa perlu berbelanja besar. “

Seperti Harmini, Nur Elisya yang berusia 17 tahun mahu menjadi seorang usahawan dan mengharapkan sokongan daripada keluarganya. Dia sibuk membahagikan masa antara pelajaran dan berlakon untuk televisyen, tetapi dia mengambil komitmen ketiga iaitu belajar kemahiran pengurusan perniagaan daripada kakaknya, iaitu pelakon dan usahawan, Fasha Sandha, kerana dia mengimpikan untuk menjadi bos kepada dirinya sendiri pada suatu hari nanti.

“Setiap kali saya berasa putus asa, saya akan menggunakan gincu Maybelline Rosy Matte. Gincu ini menjadikan bibir saya kelihatan cantik dan mungil. Setiap kali saya menggunakan gincu ini, tanda-tanda keletihan di muka saya hilang dan digantikan dengan rupa bertenaga dan yakin. Ini meningkatkan keyakinan diri saya dan membuat saya rasa seperti saya boleh mengambil apa sahaja cabaran yang mendatang,” kata Nur Elisya.

Noorzamrina Hj Zamrim percaya bahawa kebahagiaan sebenar datang daripada melihat rakan-rakannya dan orang yang disayangi juga gembira. Pelajar dan juga model bebas berusia 22 tahun ini sering sibuk, namun selalu mencari masa untuk menggembirakan rakan-rakan dan keluarganya dengan mengejutkan mereka dengan kek coklat dan biskut yang dibuat sendiri.

“Untuk menyebarkan kegembiraan, seseorang itu terlebih dahulu perlu membawa aura yang positif. Maybelline Hypersharp Powerblack Liquid Liner benar-benar menyerlahkan penampilan saya. Apabila saya kelihatan cantik di cermin, saya rasa hebat juga, dan semua perasaan yang positif datang dan membantu saya menggembirakan orang lain,” katanya.

#MaybellineITGirls

Ketahui lebih lanjut tentang kuasa transformasi melalui solekan Maybelline solek dalam buku ‘IT’ Girls, kini boleh didapati di www.facebook.com/MaybellineMalaysia dan hashtag rupa yang anda suka atau tampilkan #MaybellineITGirls.

Dengan pelbagai jenis produk Maybelline yang boleh didapati di semua kedai utama dan farmasi, mesej ‘Make It Happen’ oleh jenama ini bakal mencapai kepada gadis-gadis Malaysia dari semua lapisan masyarakat, memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya dan menakluk semua kemungkinan.

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×