40 Minggu

Maksud Sistem Pelekat Warna Pada Laporan Kehamilan Si Ibu, Baru Tahu!

4K
SHARES

Setiap kali anda berkunjung ke klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kehamilan, pasti ada sahaja pelekat atau sticker berwarna yang dilekatkan pada buku laporan kesihatan kita. Jangan ingat pelekat ini hanya pelekat biasa kerana ia adalah penilaian tahap risiko kehamilan si ibu. Jom kita baca perkongsian pakar mengenai maksud di sebalik warna sticker ini.

PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.

TAG MERAH

Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga

TAG KUNING

Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan

TAG HIJAU

Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan

TAG PUTIH

Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih) Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.

Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. Ada tak? Kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian? Jangan ingat sticker tu tampal saja saja.

Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ,Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×