Advertorial

Luas & Jimat Petrol – Patutlah Rakyat Malaysia Suka Sangat Dengan Honda City!

258
SHARES

Kalau sembang bab kereta, kami yakin orang Malaysia kebanyakkannya memang suka kereta jenis sedan. Salah satu sebabnya ialah kerana ruang kabin dan but luas. Ciri ini memang sesuai sangat dengan orang kita yang suka pergi bercuti ramai-ramai.

Selain menjadikannya sebagai kereta keluarga, tak keterlaluan rasanya kalau admin katakan kereta sedan adalah pilihan terbaik kerana anda tetap nampak bergaya walaupun masih bujang. Di Malaysia, antara kereta sedan yang sangat popular ialah Honda City! Hm.. Dengar kata Honda City jimat minyak, betul ke?

Haa.. Kalau anda nak tahu apa kelebihan kereta Honda City, baca artikel ni sampai habis tau.

1. Reka bentuk evergreen !

Tak dapat dinafikan, ini antara kriteria utama kenapa pembeli Malaysia memilih Honda City. Kereta ni bukan saja menawarkan reka bentuk moden, tapi ia juga boleh dikatakan menepati citarasa rakyat Malaysia yang suka dengan gaya kereta boxy atau bersegi. Pendek kata, reka bentuk Honda City memang evergreen lah.

2. Jimat petrol

Susah la nak dengar pemilik Honda City mengadu kereta mereka cepat habis minyak kan? Ya, ini salah satu sebab utama kenapa orang Malaysia jatuh cinta dengan Honda City. Kalau anda nak tahu, model sedan Honda memang terkenal dengan ciri penjimatan bahan api.

Honda City ialah salah satu model yang diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Sedan ini menawarkan penjimatan sehingga 5.7 liter petrol untuk setiap 100km perjalanan tau. Selain itu, prestasi yang ditawarkan Honda City juga pasti memuaskan hati anda. Ia mampu dipandu hampir ke mana saja destinasi dengan mudah dan bersahaja.

Walaupun ruang kabin penuh dengan penumpang dan muatan barang, kuasa yang dibekalkan dengan 120ps dan tork 145Nm sentiasa mencukupi, malah antara yang terbaik dalam kelasnya. Honda City dikuasakan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC dan dipadankan pula dengan kotak gear CVT. Rangkaian kuasa itu bukan saja menjimatkan, malah menawarkan pemanduan yang senyap dan lancar.

3. Praktikal dan sesuai untuk mereka yang berkeluarga

Macam admin cakap awal tadi, antara sebab utama kenapa orang Malaysia gemar membeli sedan adalah kerana ruang yang ditawarkan luas. Untuk pengetahuan anda, pasukan jurutera Honda memang bijak memaksimumkan ruang dalam setiap model keluarannya.

Honda City tak terkecuali. Sedan ini menawarkan ruang kargo mencecah 536 liter dan boleh dikatakan ia paling besar dalam kelasnya. Tambahan pula, kerusi penumpang bahagian belakang boleh dilipat jika anda perlukan tempat penyimpanan yang lebih besar. Pendek kata, memang praktikal dan versatil!

Kami yakin anda yang berkeluarga pasti berpuas hati dengan ruang kabin dan kargo yang ditawarkan Honda City ni. Ditambah pula penyaman udara untuk penumpang belakang, perjalanan seisi keluarga anda pastinya lebih selesa dan nyaman.

4. Servis dan waranti terbaik

Pengalaman servis yang memuaskan hati menjadi sebab ramai pelanggan Honda baharu dan lama memilih untuk kekal dengan Honda. Inilah salah satu rahsia kenapa Honda terus menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua kenderaan baharu daripada Honda Malaysia, termasuklah model Honda City didatangkan dengan waranti 5 tahun, tanpa had perbatuan dan hingga 6 kali caj buruh percuma tau.

Honda Malaysia turut menawarkan Pelan Insurans Plus Honda (HiP) dengan perlindungan menyeluruh 24 Jam, merangkumi aspek keselamatan, perlindungan dan penjimatan seperti perkhidmatan tunda dan bantuan jalanan 24 jam, 100 peratus ganti rugi akibat kecurian, kemalangan rosak penuh (total-lost), dan lain-lain.

Berdasarkan pengalaman admin sendiri, perkhidmatan di Pusat Servis juga tak pernah mengecewakan. Ruang menunggu yang disediakan cukup selesa, tempoh servis mengikut masa dan berjadual, dan kualiti servis terbaik dengan bantuan profesional. Pendek kata perkhidmatan daripada Honda memang terbaiklah!

5. Harga mampu milik

Kalau nak dibandingkan dengan segala ciri dan kelebihan yang ada pada Honda City, harga yang ditawarkan oleh Honda Malaysia adalah sangat berpatutan iaitu bermula serendah RM73,836 sahaja. Memang berbaloi!

Masih mencari sedan idaman anda? Honda City kan ada!

Ya, tak perlu susah hati lagi, Honda City kan ada! Boleh dikatakan semua ciri-ciri kereta sedan idaman rakyat Malaysia ada pada Honda City ni tau. Memang lengkap dan sempurna.

Dan berita gembira untuk rakyat Malaysia, kalau anda beli kereta Honda sekarang, anda boleh nikmati macam-macam ganjaran bernilai sehingga RM10,000 seperti Rebat Berganda, Bonus Ekstra bernilai RM888 dan Hadiah Ekslusif tau.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom ke bilik pengedar sah Honda sekarang dan rebut peluang untuk pandu uji Honda City serta rasai sendiri pengalaman pemanduan yang berbeza. Manalah tahu berkereta baru pula anda sempena Tahun Baru Cina nanti.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Honda hari ini juga!

Sumber rujukan: Pandu Laju

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×