Hebahan

L’Oreal Paris Raikan Wanita. Siapa Women of Worth Anda?

L'oreal Paris Women of Worth -03

Baru-baru ini, L’Oreal Paris meraikan wanita dengan beberapa orang selebriti untuk memberi penghormatan kepada Women of Worth Malaysia. Antara selebriti yang terlibat adalah Nana Mahazan, Nurita Harith dan Tracy Cheong.

Apa Women of Worth?

Women of Worth atau dalam bahasa Melayu adalah Wanita yang begitu berharga dimana ia diklasifikasikan sebagai seorang yang menjaga dirinya, dan menghargai apa yang dilakukan oleh orang sekeliling dan dirinya.

Pengurus Besar Bahagian produk Pengguna L’Oreal, Darren Ho, wanita perlu ada kecantikan, kepintaran dan keperibadian yang baik. Nilai wanita sebenarnya melebihi tanggapan orang atau apa yang sering dilihat. Untuk menghargai wanita di seluruh Malaysia, L’Oreal menggunakan Gincu sebagai elemen untuk menghargai wanita melalui kecnatikan dan untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan dengan keyakinan yang tinggi.

L'oreal Paris Women of Worth -03

Siapa Women of Worth Nana, Nurita dan Tracy Cheong?

Menurut Nana Mahazan yang merupakan seorang ibu kepada dua orang anak, suri rumah sepenuh masa dan juga pengacara, beliau cuba untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk yang tersayang, keluarga dan juga peminat yang sering melihat dirinya sebagai model dalam hidup.

“Jangan sembunyikan kualiti diri hanya kerana orang merasakan anda berbeza. Saya sentiasa percaya bahawa perbezaan itulah yang membuatkan anda lebih cantik. “.

Nana yang membawa kawan baiknya, Ira sebagai Women of Worth beliau yang dianggap sebagai sahabat dan juga adik.

Bagi Nurita Harith, seorang pereka fesyen terkenal, bukan mudah untuk menjadi wanita kerana cabaran yang dihadapi berbeza dalam kehidupan seharian.  Sebagai seorang pereka feysen, banyak dugaan terpaksa dihadapi dan perlu terus tabah bersenjatakan semangat dan cita cita.

Nurita memilih Wan Rozeini iaitu ibu saudaranya yang dianggap seperti ibu kandung. Ibu saudara menjadi tempat berkongsi cerita kerana sikapnya yang penyayang dan sabar sertai sering mendahulukan mereka yang rapat. Sebagai satu penghormatan dengan apa yang dilakukan, Nurita menjadikan ibu saudaranya sebagai Women of Worth!

Model L’Oreal Paris, Tracy Cheong yang masih belajar turut berkongsi mengenai Women of Worth. Menurut beliau, menjadi seorang wanita tidak lari dari untuk kelihatan cantik. Gadis ini akan memastikan dua warna gincu yang berbeza perlu ada didalam beg sebelum meninggalkan rumah.

Kenapa gincu? Menurut beliau gincu boleh memainkan peranan penting dalam keadaan mood yang berbeza. Beliau menjadika gincu berwarna merah terang Taylor Swift-esque sebagai pilihan kerana tetap kelihatan cantik walaupun tanpa make up!

L'oreal Paris Women of Worth -04

Wanita dan Gincu

Wanita dan gincu tidak dapat dipisahkan. Gincu ibaratnya sebagai tanda peribadi, ciuman dan pelukan. Untuk meraikan seseorang dengan keunikan, cara terbaik adlah dengan mempunya gincu yang sesuai mengikut personaliti.

Sempena ulang tahun ke 30, L’Oreal Paris Color Riche memperkenalkan kesemua 22 warna yang menjadi pilihan wanita! Salah 1 warna pasti sesuai untuk anda.

Pastikan anda memiliki salah 1 gincu dari 22 gincu Color Riche sebagai tanda anda menghargai diri anda.

L'oreal Paris Women of Worth -02

Sebagai tanda penghargaan, L’Oreal Paris menjemput semua Wanita Malaysia untuk menyertai Women Of Worth bagi menghormati wanita yang dihargai.

Hanya dengan kongsikan gambar anda dan Women of Worth dan coretkan sedikit kisah anda di Facebook atau Instagram L’Oreal Paris Malaysia #WOWLOrealParis.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×