Hebahan

Lokasi Strategik Di Bandar Seremban, Ini Fakta Menarik Irama Residensi SIGC Yang Tak Ramai Tahu

5.3K
SHARES

Semua orang ada impian untuk memilik kediaman sendiri. Harga rumah yang meningkat setiap tahun menyebabkan impian ni sukar dicapai. Lebih-lebih lagi jika anda sekeluarga mahu menetap di lokasi yang strategik.

Tapi, jangan pernah putus asa dengan impian itu. Di sini kami nak kongsikan satu projek perumahan terbaru sesuai buat anda yang berkeluarga.

Irama Residensi SIGC, perumahan konsep golf club resort

Untuk pengetahuan anda, Irama Residensi SIGC merupakan projek kediaman terbaru di Seremban yang dibangunkan di atas tanah seluas 41 ekar. Penuh dengan landskap kehijauan, anda sekeluarga akan rasa seperti berada di resort. Sejuk mata memandang!

Irama Residensi SIGC terletak bersebelahan SIGC (Seremban International Golf Club). Tidak perlu main golf jauh-jauh lagi. Sebelah rumah pun ada padang golf.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di Irama Residensi SIGC. Memang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.

  • Kolam Renang
  • Gimnasium
  • Kawasan BBQ
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Amphitheatre
  • Trek Jogging
  • Gazebo
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggan Futsal
  • Taman Rekreasi
  • Tasik Rekreasi

Kawasan ini selamat atau tidak? Tidak perlu risau! Irama Residensi SIGC adalah kediaman berkonsepkan gated and guarded. Perumahan ini dilengkap dengan sekuriti 24 jam, sistem kamera litar tertutup, kad akses, sistem interkom dan butang panik jika berlalu insiden tidak diingini. Memang selamat!

Rumah yang luas dengan citarasa moden, sesuai untuk seisi keluarga

Tidak perlu risau kawasan perumahan yang sempit kerana rumah Irama Residensi SIGC mempunyai keluasan yang selesa untuk didiami. Dengan keluasan 24’ x 80’ kaki persegi, anda boleh parking beberapa buah kereta di luar. Siap ada ruang untuk main dengan anak-anak lagi.

Rumah bersaiz 2,988 kaki persegi ini dilengkapi tiles atas dan bawah. Kediaman jenis superlink 2 tingkat ini mempunyai 4+1 bilik dan 4 bilik air. Dapur berasingan iaitu dapur kering dan dapur basah, sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Lokasi strategik di Seremban, kemudahan awam juga dekat

Jika anda fikirkan lokasinya, sememangnya ia strategik. Ini antara kemudahan awam terdekat dengan Irama Residensi SIGC :

  • 5 minit ke Lebuhraya Lekas
  • 5 minit ke Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  • 5 Minit ke Masjid
  • 5 minit ke Stadium Paroi
  • 10 minit ke Bandar Seremban
  • 10 minit ke Hospital
  • 10 minit ke Pusat membeli belah Giant, Mydin, Parkson & The Store

Pusat pendidikan, pusat kesihatan, pusat membeli-belah, kawasan rekreasi, semuanya dekat. Paling penting, lebuhraya juga dekat. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk anda ke mana-mana bersama keluarga.

Nak tahu apa yang paling menarik tentang Irama Residensi SIGC?

Berhampiran tempat menarik & tempat makan best di Seremban!

Irama Residensi SIGC sebenarnya terletak berhampiran dengan banyak tempat menarik di Seremban seperti Jelita Ostrich Farm, Royal Gallery Tuanku Ja’afar, Masjid Jamek Seremban, Negeri Sembilan State Museum, De Serenity dan The Shorea. Waktu hujung minggu atau cuti sekolah bolehlah singgah bersama keluarga.

Anda yang suka jalan-jalan cari makan pasti akan gembira tinggal di Irama Residensi SIGC. Ada banyak tempat makan best di sekitar perumahan ini. Antaranya Ijan Station Corner, Nasi Arab Damsyik, Popia Kuala Kangsar, Mrdiamondpizza, Man Tomyam, Leha World Nasi Campur dan Haji Shariff Cendol. Sedap-sedap semuanya!

Kediaman mewah dengan harga mampu milik

Jika anda fikir Irama Residensi SIGC ni kediaman untuk golongan elit, anda silap besar. Harga yang ditawarkan memang mampu milik bermula RM575,XXX! Kalau anda nak tahu, hanya ada 78 unit saja dan dah hampir sold out. Baik anda cepat sebelum dikebas orang!

Mahu jadikan Irama Residensi SIGC sebagai kediaman anda sekeluarga? Boleh hubungi mereka di talian 1800-88-2688. Anda juga boleh ke laman web mereka di https://residensisigc.com.my/ untuk info lebih lanjut.

Jangan lupa kongsikan berita ini kepada keluarga atau rakan anda yang sedang mencari rumah. Sememangnya pilihan yang tepat. Mana lagi mahu cari kediaman mewah berkonsepkan resort dengan harga mampu milik? Hanya di Residensi SIGC saja!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×