Kini Trending

Lindungi Kulit Dari Bahaya UV Saat Cuaca Panas, Ikut Je Cara Mudah Ini!

16
SHARES

Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) telah mengumumkan tentang kepanasan melampau serta peningkatan indeks UV di Malaysia. 

Dengar khabar, ramalan cuaca panas ini akan berterusan. Haa.. Walaupun cahaya matahari ni kaya dengan Vitamin D tetapi sinaran ultraviolet (UV) yang dipancarkan boleh mengundang risiko kepada penjagaan diri terutama sekali dalam keadaan cuaca panas ekstrim sekarang.

Ia boleh boleh menyebabkan penuaan kulit berlaku lebih awal di samping menyebabkan kedutan, bintik hitam serta kekusaman kulit.

Keadaan cuaca yang sedang kita rasakan ini  boleh dikatakan agak teruk sehingga bukan sahaja kerajaan Malaysia, malah Singapura juga telah menerbitkan perincian indeks UV bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya sinaran tersebut.

Meningkatkan risiko kanser kulit

Pendedahan kepada sinaran UV secara berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit dan kerosakan mata. Jadi, penting untuk orang ramai  mula biasakan pemakaian cermin mata hitam dan topi bagi mengurangkan risiko ini.

Apa lagi boleh dilakukan untuk lindungi kulit? Anda juga boleh amalkan pemakanan seimbang dan jangan lupa untuk minum lebih banyak air agar kekal terhidrasi sepanjang hari.

Selain itu, anda boleh mengambil buah-buahan yang berair seperti tembikai dan tomato dalam diet harian.

Kedua-dua buah ini mengandungi lycopene iaitu sejenis antioksidan yang berkesan untuk menyerap sinaran UVA dan UVB. Sekiranya diambil secara konsiten ia sedikit sebanyak dapat bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi.

Cuba produk yang mampu melindungi kulit dari sinaran matahari

Penjagaan kulit kini lebih mudah dengan adanya NIVEA Super C+ Vitamin Serum! Ia mampu untuk melembabkan dan melindungi kulit sekaligus!

Bila cuba sendiri losyen ini, kami rasa ia sangat-sangat memudahkan proses penjagaan kulit admin setiap hari sebab NIVEA Super C+ Vitamin Serum adalah serum badan 2 dalam 1 yang mempunyai 50x Vitamin C untuk membaiki kulit kusam.

Ia juga dirumus dengan kandungan SPF 50+++ bagi melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Kombinasi terbaik ini akan jadikan kulit lebih berseri dan anjal dalam masa 7 hari sahaja. Selain itu, ia juga berkesan untuk mengembalikan kecerahan kulit!

NIVEA Super C+ Vitamin Serum cepat menyerap pada kulit dan tak melekit, selesa untuk kegunaan harian lagi-lagi dalam cuaca panas.

Bau losyen yang lembut buatkan kulit badan terasa segar setiap kali selepas menggunakan NIVEA Super C+ Vitamin Serum.

Dalam masa seminggu je anda akan rasai perubahan kulit yang jauh lebih sihat!

Kena ingat, walaupun anda berada di dalam rumah atau di tempat kerja yang bertutup, sinaran ultraviolet (UV) dari matahari itu tetap ada dan boleh memberi kesan kepada kulit.

Oleh itu, jangan lupa ambil langkah-langkah proaktif bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan kulit anda.

Jom dapatkan NIVEA Super C+ Vitamin Serum di rangkaian Watsons dan Guardian atau buat pembelian secara atas talian di Shopee atau Lazada.

Ikuti juga laman Facebook dan Instagram mereka untuk mengetahui promosi terkini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×