Famili

Lima Anak Tapi Semua Ada Simpanan Emas Sendiri, Ini Cara Didikan Si Ayah

18
SHARES

Seorang bapa di laman Facebook dikenali sebagai Syukor Hashim berkongsi satu cerita di mana kelima-lima anaknya sudah diajar untuk menyimpan emas sebagai aset di masa hadapan. Jelasnya, dia memberi setiap seorang satu gold card folder dan di situlah bermula si anak ada simpanan emas masing-masing di dalamnya.

Baca juga: [VIDEO] “Budak Yang Baik…”- Rakan Sekelas Suap Kawan Istimewa Makan Dipuji Netizen

LIMA ANAK TAPI SEMUA ADA SIMPANAN EMAS SENDIRI

Kelima-lima mereka ternyata gembira dengan cara didikan ayahnya dan anak keduanya sudah pun memiliki dua gold card folder sendiri dan menyimpan tanpa membeli mainan.

Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka. Namun anak nombor 2 ni (Fadzil) lebih terrer simpan emas. 

Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder. Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shoping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil ni steady mekdi simpan duit. 

Anak-anak saya ni saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas. Lepas tu saya bagitau dekat diorang satu perkara.

“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri” 

Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas ni dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.

Logiknya seperti berikut: Rumah= mahal.

Dia juga memberi nasihat kepada anaknya bahawa semua harta yang dimiliki sekarang milik dia dan isteri dan si anak perlulah berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk kesenangan masa hadapan.

Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal. Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak. 

Semua harta mak abah, itu kami punya. Korang kena cari harta sendiri. Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung. Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.

Sumber: Facebook Syukor Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×